Harian Metro

CINTA RM1 JUTA TERKULAI

Wanita ditipu ibu saudara pikat teman lelaki guna khidmat bomoh kerugian RM1 juta

- Yusmizal Dolah Aling dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Empat tahun memendam perasaan terhadap teman lelaki namun cinta tidak pernah berbalas membuatkan seorang wanita nekad menggunaka­n khidmat ibu saudaranya yang menjadi orang tengah ‘pakar’ jodoh untuk mendirikan rumahtangg­a bersama pasanganny­a.

Namun, tindakanny­a itu nyata memakan diri apabila dia bukan saja berputih mata kerana gagal memikat pasanganny­a itu, malah rugi RM1 juta selepas diperdaya dengan pelbagai jenis upacara ritual yang didakwa hanya boleh dilakukan di Malaysia Timur.

Sudahnya, dia kini bagaikan hilang arah selepas semua wang simpanan, gaji bulanan dan hasil perniagaan lebur dek kerana percayakan saudaranya itu yang mengambil kesempatan ke atas nasibnya yang lambat bertemu jodoh.

Ikuti luahan Suhaila, yang kini hidup terumbang ambing sehinggaka­n baki gajinya tinggal RM150 sebulan selepas terpaksa membayar hutang keliling pinggang dek terlalu percayakan pertolonga­n pihak ketiga itu seperti yang diceritaka­n kepada wartawan dan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Izham Nayan.

“Kehidupan saya sebelum ini biasa saja kerana sebagai wanita bekerjaya, saya sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan selain keluarga. Saya memang mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki sebelum ini, namun mungkin bukan jodoh saya, hubungan terkandas dan saya kekal solo sehingga hari ini.

Perkenalan dengan teman sepejabat bagaikan membuka pintu hati untuk mendirikan rumahtangg­a kerana umur juga sudah melangkaui 30 tahun dan saya sudah ada segala-galanya yang membahagia­kan.

Dari hari ke hari perkenalan kami semakin intim, saya pula sudah berangan untuk menjadi isteri yang baik dan menjaga suami. Ibu bapa juga gembira dengan perubahan hidup saya menyebabka­n saya begitu yakin menemui cinta sejati.

Percintaan kami sama seperti pasangan lain, tetapi teman lelaki saya seolah-olah belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupun saya bersedia untuk memberikan­nya masa selama mana yang dia mahukan.

Selepas menunggu empat tahun, akhirnya kami seperti tiada haluan sendiri dan saya akur terpaksa menamatkan hubungan yang saya sendiri dambakan ini dan saya didatangi ibu saudara yang menawarkan khidmat ‘pembuka jodoh dan penyeri, kononnya dapat menyelesai­kan masalah percintaan.

Tanpa sebarang syak, saya setuju kerana makcik juga meminta bantuan rakannya dari Sarawak, yang mendakwa mahir dalam mencari jodoh dan pernah mengubat artis serta ahli perniagaan terkemuka.

Mula-mula ok, tapi selepas sebulan, makcik mula minta saya masukkan duit antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan untuk membeli barangan bagi tujuan perubatan dan saya pun bersetuju kerana ada kemampuan. Tapi lama kelamaan, saya mula merasa pelik dengan kaedah rawatan kerana perlu menggunaka­n ular hitam, ayam hitam dan janin berharga hampir RM100,000 serta tangkal yang ditanam bagi memastikan ilmu itu menjadi dan apa yang mengejutka­n ialah, saya dikira bersetuju dengan perjanjian syaitan dan tidak ada jalan keluar lagi.

Sejak itu saya kuatkan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia