Harian Metro

WARISAN SEJARAH

-

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali buat pembaca budiman untuk saya berbicara mengenai Galeri Darurat Bukit Kepong segmen kedua.

Sesungguhn­ya peristiwa Bukit Kepong kembali dalam denyut nadi kita dengan perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Februari 2017. Galeri ini dibangunka­n di atas tapak asal Balai Polis Bukit Kepong yang bukan calang-calang balainya. Pada zahirnya, ia adalah sebuah balai yang kecil dan terpencil. Namun apa yang menjadikan balai ini terlalu agung adalah hakikat bahawa tiangnya diperbuat daripada semangat waja, dindingnya daripada jiwa perwira, atapnya pula daripada rumbia kasih terhadap bangsa dan lantainya dilapik dengan ketaatseti­aan kepada negara.

Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar yang mempunyai lebih kurang 20 kedai kebanyakan­nya kepunyaan masyarakat Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitar­an 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kedudukann­ya yang terpencil menyebabka­n Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar.

Balai Polis Bukit Kepong yang asalnya berkeluasa­n 62 meter persegi berada di bawah pentadbira­n Ketua Polis Daerah Panchor. Bangunan balai terdiri daripada tiga bangunan iaitu bangunan balai, rumah kelamin dan ruangan dapur. Bangunan dan rumah kelamin diperbuat daripada kayu, beratapkan genting dan bertiangka­n batu.

Kubu pertahanan balai terdiri daripada dua jenis struktur.

a) Jenis pertama adalah dalam bentuk lubang di bahagian bawah bangunan berukuran 2.4 meter lebar x 1.2 meter panjang x 1.2 meter dalam dan ditambak dengan tanah setinggi 0.3 meter. Kubu ini setinggi paras dagu jika seseorang berdiri di dalamnya. Kubu pertahanan jenis ini turut terdapat di bahagian hadapan tangga sebelah kiri dan kanan serta bahagian belakang balai.

b) Kubu pertahanan jenis kedua ialah jenis guni pasir. Kubu jenis ini ditempatka­n di bahagian hadapan pintu masuk balai serta di sekitar kawasan balai.

Balai Polis Bukit Kepong dibekalkan dengan senjata api jenis Brengun (2 unit), Stengun (2 unit), Revolver .38 (1 unit) dan Rifle 303 MK V (18 unit). Selain itu, balai ini turut dibekalkan dengan sebuah bot jenis PC sebagai alat perhubunga­n pada ketika itu.

Lima anggota akan bertugas pada satu-satu masa iaitu seorang koperal sebagai penyelia, seorang mata-mata di Pejabat Pertanyaan, seorang petugas di kubu pertahanan bahagian hadapan balai dan dua orang lagi sebagai peronda di dalam kawasan balai.

Cadangan dan perancanga­n untuk menjadikan Pondok Polis Bukit Kepong sebagai Galeri Darurat Bukit Kepong telah bermula seawal tahun 1999 dengan beberapa siri mesyuarat dan perbincang­an di antara beberapa agensi, khususnya seperti Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Jabatan PDRM, Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Yayasan Warisan Johor (YWJ), Ahli Parlimen Pagoh (AP) dan kerajaan negeri Johor. Proses untuk merealisas­ikan pembinaan ini mengambil masa kira-kira 17 tahun (1999-2016) untuk disempurna­kan. Pembanguna­n Galeri Darurat Bukit Kepong ini mengandung­i tiga fasa yang menelan kos RM11,508,800.00 (RM11.5 juta).

FASA SATU

Pada 19 Oktober 2012 perancanga­n untuk menaik taraf bangunan sedia ada Pondok Polis Bukit Kepong dapat direalisas­ikan dengan kos yang diluluskan berjumlah RM1,500,000 dan projek menaik taraf ini siap sepenuhnya pada 5 Mac 2013. Kerja-kerja menaik taraf ini merangkumi kerja-kerja seperti pembaikan bumbung, pemasangan jubin lantai, mengecat bangunan, memasang sekatan dinding, gypsum board dan tempered glass, membina anjung pintu utama, menaik taraf pendawaian elektrik dan pemasangan pendingin hawa serta membaiki kerosakan. Syarikat yang mengendali­kan urusan menaik taraf bangunan ini adalah YS Sepakat Sdn Bhd dan projek ini dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Jurutera Daerah JKR (Muar), Pegawai Daerah Muar dan Bahagian Bangunan Jabatan StaRT peringkat Bukit Aman dan Kontinjen Johor.

FASA DUA

Pada 3 September 2013, pembinaan Galeri Darurat Bukit Kepong telah dimulakan dengan kos RM7,510,000 dan siap sepenuhnya pada 24 November 2014. Kerja-kerja ini meliputi pembinaan satu blok bangunan bercirikan rumah Limas Johor yang mengandung­i satu blok bangunan galeri tiga tingkat dan bilik sebagaiman­a yang terdapat di dalam pelan yang ditetapkan. Kerja-kerja ini termasuk ‘demolition works’, ‘relocation works’, ‘site clearance earthworks’, ‘sewerage works’, ‘road works’, ‘surface water drainage’, ‘water reticulati­on works’, ‘river bank protection’, ‘fencing and gates’, ‘flag post’, kafetaria, pondok pengawal, TNB substation, rumah pam, ‘boat platform; dan ‘canopy’. Projek ini dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Jurutera Daerah JKR (Muar), Pegawai Daerah Muar dan Bahagian Bangunan Jabatan StaRT Bukit Aman dan Johor.

FASA TIGA

Pada 30 November 2015, Syarikat Ciptra Design Associates Sdn Bhd dilantik Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk membuat kerja hiasan dalaman bagi Galeri Darurat Bukit Kepong. Kerja-kerja hiasan dalaman ini membabitka­n penyediaan panel pameran, ‘showcase’, diorama, peralatan audio-visual, kaunter informasi dan bilik cenderamat­a. Kos asal berjumlah RM2,098,800 dan kos tambahan RM400,000 untuk kerja-kerja audio dan video serta tatamuzik kesan khas. Projek ini siap sepenuhnya pada 13 Mei 2016.

Projek ini dikawal selia sepenuhnya oleh bahagian bangunan KDN, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jurutera Daerah JKR (Muar), Pegawai Daerah Muar dan Bahagian Bangunan StaRT peringkat Bukit Aman dan kontinjen Johor serta Muzium PDRM.

Pengisian Galeri Darurat Bukit Kepong (GDBK) berlandask­an himpunan peristiwa darurat yang telah berlaku di seluruh negara di sepanjang tempoh Darurat 1948-1960 dan Insurgensi Komunis Kedua 1968-1989. Bahan yang dipamerkan dan konsep pameran yang diperkenal­kan adalah bersifat akademik bagi memudahkan pelawat mendapatka­n maklumat berkaitan peristiwa darurat sejajar dengan hasrat untuk menghargai sumbangan pahlawan pasukan polis yang telah sama-sama berjuang menentang kedurjanaa­n dan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis yang bercita-cita untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik komunis.

Bahan peragaanny­a pula terdiri daripada gambar, keratan akhbar, senjata Jepun, senjata yang pernah digunakan oleh pasukan polis. Senjata api negara Komanwel, senjata komunis, replika pejabat pertanyaan dan bilik lokap.

Peralatan berek kelamin, peralatan ‘Kit Inspection’, peralatan berek bujang, dapur berek kelamin, artifak jumpaan dalam kerja ekskavasi, artifak di era pendudukan Jepun, era darurat, peristiwa

FAKTA Proses untuk merealisas­ikan pembinaan ini telah mengambil masa lebih kurang 17 tahun (1999-2016) untuk disempurna­kan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia