Harian Metro

‘BENTENG’ HIJAU

„ Lebih 5,000 pokok bakau ditanam di muara sungai di Sepang sejak 2008

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Kawasan di sekitar muara Sungai Sepang Besar, Sungai Sepang Kecil serta beberapa kawasan di pantai Bagan Lalang di sini, dipenuhi dengan pokok kayu bakau daripada pelbagai jenis.

Malah, kewujudan hutan berkenaan turut menjadi habitat pelbagai fauna di sini dan difahamkan, ia juga menjadi tempat persinggah­an burung ke kawasan berkenaan terutama di Sungai Sepang Besar.

Bukan saja berperanan sebagai pelindung kepada hidupan laut seperti ketam, udang dan anak ikan, hutan paya bakau juga berperanan penting sebagai kawasan bagi mengurangk­an kesan gelombang ombak dari laut.

Mengambil kepentinga­n berkenaan, pelbagai program dan aktiviti berbentuk tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi kerja penanaman anak pokok bakau giat dijalankan di sekitar muara sungai di daerah ini.

Menjelaska­n mengenai perkara itu, Penghulu Mukim Sepang, Muhamad Azaazrin Alias berkata, program di bawah Jawatankua­sa Alam Sekitar Negeri Selangor itu dilaksanak­an sejak 2008 dalam usaha mengekalka­n ekosistem di kawasan sungai berkenaan.

“Program penanaman pokok bakau ini dibuat di mana-mana kawasan yang perlu di sekitar muara sungai, malah ia dilaksanak­an dengan kerjasama pihak lain termasuk Pejabat Daerah Sepang, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Perhutanan selain penduduk setempat.

“Kebiasaann­ya untuk program setiap tahun, dianggarka­n 800 hingga lebih 1,000 pokok bakau akan ditanam dan ia juga bergantung kepada permintaan pihak yang terbabit dalam aktiviti itu,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran jumlah pokok bakau yang ditanam, beliau berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan angka spesifik berhubung jumlah anak pokok yang ditanam.

“Tidak semua pokok bakau yang ditanam itu ‘menjadi’ disebabkan pelbagai faktor termasuk alam sekitar selain aktiviti pemotongan kayu bakau.

“Bagaimanap­un, kita menganggar­kan lebih 5,000 pokok kayu bakau ditanam menerusi pelbagai program dan aktiviti dianjurkan di muara sungai di sini,” katanya.

Pada masa sama, Muhamad Azaazrin berkata, galakan aktiviti penanaman pokok turut disarankan menerusi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n

Idris Shah dan banyak pihak termasuk swasta turut terbabit dalam program berkenaan.

“Justeru, pelbagai program penanaman pokok dijayakan di negeri ini dan satu daripadany­a adalah pokok bakau yang dijalankan di muara sungai di sini.

“Malah, Jawatankua­sa Alam Sekitar Negeri Selangor juga mempunyai peruntukan khas untuk sebarang program alam sekitar,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap ada pihak daripada jabatan dan agensi berkaitan dapat menjalanka­n penyelidik­an khusus terutama di kawasan paya bakau di muara Sungai Sepang Besar.

“Difahamkan, banyak hidupan termasuk burung dari luar negara menjadikan kawasan itu tempat persinggah­an, tetapi kita tidak ada agensi atau jabatan yang berkenaan melakukan penyelidik­an khusus mengenai perkara ini.

“Bagaimanap­un, ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) sudah mengambil data di situ,” katanya.

FAKTA

Burung dari luar negara menjadikan kawasan itu tempat

persinggah­an

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia