Harian Metro

Haiqal tekad kejar masa Khairul, Badrul

-

Kuala Lumpur: Pelari negara Haiqal Hanafi (gambar) bertekad untuk tidak mensia-siakan peluang berlatih di Afrika Selatan dan mahu membuktika­n layak disenaraik­an dalam kuartet 4x100 meter.

Biarpun namanya sekadar simpanan dan tidak berada dalam senarai pelari impian jurulatih Mohd Poad Md Kassim untuk kuartet negara ke Sukan SEA, Haiqal berjanji untuk memastikan kedudukann­ya dalam skuad itu terjamin.

Dia yang akan beraksi di kejohanan pertama di Pretoria hari ini berkata, setiap peluang akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan kedudukann­ya dalam kuartet 4x100m negara terjamin.

“Peluang ke Afrika Selatan bagi saya bukan senang, mungkin datang sekali seumur hidup.

“Saya mahu menggunaka­n peluang yang ada untuk buat yang terbaik kerana tidak mahu mensia-siakannya.

“Jika boleh saya mahu mengejar masa Khairul (Hafiz Jantan) dan Badrul (Hisyam Abdul Manap). Biarpun sukar tapi saya akan tetap cuba,” katanya yang mahu bersama skuad pecut negara melakarkan sejarah meraih emas dalam acara 4x100m di bumi Malaysia pada Sukan SEA, Ogos ini.

Atlet dari Melaka itu melakarkan catatan terbaik 10.48 saat ketika beraksi di Sukan

Malaysia

(SUKMA)

Sarawak dan menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Namanya diletakkan sebagai pelari simpanan dan tidak tersenarai dalam senarai impian Poad yang inginkan barisan empat atlet terbaik membabitka­n Khairul, Badrul, Jonanthan Nyepa dan Mohd Aqil Yasmin.

Justeru Haiqal, 18, mahu membuktika­n dia pilihan terbaik untuk disenaraik­an dalam skuad negara.

Pada temasya Sukan

SEA lalu, kuartet negara membabitka­n Jonathan, Mohd Izzuddin Yahaya, Harith Ammar Mohd Sobri dan Nixson Kennedy memecahkan rekod kebangsaan dengan 39.67s.

Namun catatan itu tidak cukup menjanjika­n pingat buat negara dalam acara dikuasai barisan atlet Thailand Ruttanapon Sowan, Aphisit Promkaew, Jirapong Meenapra dan Jaran Sathoengra­m yang merekodkan 38.99s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia