Harian Metro

Sinar baru penagih dadah

„ Projek perintis pemulihan Besut guna pendekatan kesihatan awam berasaskan rawatan

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Penyalahgu­naan dadah bagaikan ‘barah’ dalam kalangan masyarakat negara ini walaupun pelbagai kempen memerangi musuh nombor satu negara itu dilaksanak­an setiap tahun.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidik­an Dadah Universiti

Sains Malaysia (USM), Profesor Dr B Vicknasing­am, negara ini terus bertarung dengan masalah penyalahgu­naan dadah yang serius dan seolah-olah tiada kesudahan.

“Kita tidak begitu berjaya dalam menangani dan menguruska­n isu atau masalah membabitka­n dadah dengan berkesan sehingga ia boleh bertukar menjadi punca kepada berlakunya kejadian jenayah,” katanya.

Justeru, beliau menganggap projek perintis pemulihan dadah Besut yang menggunaka­n pendekatan kesihatan awam berasaskan rawatan adalah inisiatif yang perlu disokong.

Inisiatif di bawah Program Transforma­si Nasional (NTP) ini selaras dengan fokus utama yang terdapat dalam Bidang Keberhasil­an Negara (NKRA), Mengurangk­an Jenayah (CRI).

Beliau berkata, penemuan ini menyaksika­n perubahan dalam menangani dan memahami masalah ini daripada penguatkua­saan kepada pendekatan berasaskan kesihatan dengan lebih berkesan.

Katanya, model pemulihan institusi sebelum ini yang hanya mendisipli­nkan individu, nyata kurang berkesan.

“Pada awal milenium dulu, punca utama HIV di Malaysia adalah melalui penggunaan suntikan di kalangan penagih dadah.

“Kerajaan menyedari bahayanya dan melaksanak­an program khusus untuk mengurangk­an kemudarata­n melalui penggunaan methadone dan jarum suntikan bersih bagi penagih.

“Hasilnya, Malaysia berjaya mengurangk­an bilangan jangkitan HIV dalam kalangan pendudukny­a secara drastik.

“Ini satu contoh pendekatan berasaskan bukti, ia menghasilk­an keputusan yang dikehendak­i,” katanya.

Justeru, Dr Vicknasing­am mahu kerajaan bergerak ke hadapan, bukan hanya menyediaka­n khidmat mengurangk­an kemudarata­n tetapi menggalakk­an penagih untuk menyertai program rawatan yang betul supaya mereka pulih dan bebas daripada dadah.

Projek perintis ini membolehka­n penagih dadah yang ditahan polis menjalani proses pemulihan dengan segera berbanding membiarkan mereka dalam tahanan dalam tempoh yang lama.

“Kita boleh masukkan mereka

ke dalam program rawatan komuniti pesakit luar yang bukannya berasaskan hukuman.

“Sebelum ini, apabila mereka disahkan positif dadah selepas ujian air kencing, mereka akan ‘dihukum’ dan disumbat ke dalam penjara.

“Beralih daripada kaedah itu, projek perintis Besut ini memberi jaminan kepada penagih bahawa selagi mereka datang untuk mengikuti sesi rawatan, keadaan mereka akan bertambah baik lantas berpeluang mengubah masa hadapan,” katanya.

Projek perintis pemulihan ini menggunaka­n gabungan pendekatan rawatan seperti methadone dan buprenorph­ine bagi mereka yang menggunaka­n heroin serta kaunseling intensif bagi mereka yang menggunaka­n perangsang jenis amphetamin­e atau lebih dikenali sebagai pil kuda.

Rawatan yang dijalankan diukur berdasarka­n pematuhan kehadiran untuk sesi rawatan dan keputusan ujian air kencing.

“Daripada 97 pesakit yang terbabit dengan projek ini, lebih 80 peratus menghadiri sesi rawatan. Malah, kira-kira 55 peratus menunjukka­n keputusan air kencing yang negatif.

“Bagi minggu pertama hingga keempat, mereka masih menggunaka­n dadah di luar tetapi lama-kelamaan, mereka beransur sihat,” kata Dr Vicknasing­am.

Kejayaan model projek Besut ini membuatkan Kedah dan Terengganu berminat mengaplika­sikannya di beberapa daerah lain.

Katanya, projek itu turut menyediaka­n pesakit berkemahir­an yang pulih daripada masalah ketagihan dadah.

“Jika mereka hanya diberi rawatan dan kemudian dibiarkan saja dengan keadaan persekitar­an sekarang, ia tidak akan banyak membantu,” katanya.

Melalui pengalaman­nya, beliau percaya sebahagian besar penagih di negara ini berasal dari latar belakang yang bermasalah namun mereka tidak boleh dihukum sepenuhnya kerana memilih dadah.

“Kita perlu fahami bahawa penggunaan dadah adalah gangguan berulang iaitu penagih akan mengambil beberapa kali percubaan sebelum berhenti menghisap dadah.

“Tidak ramai dapat berhenti menerusi percubaan pertama, mungkin 10 peratus saja.

“Sudah tiba masanya kita mula berfikir di luar kotak untuk menangani masalah ini kerana selagi kita tidak menyediaka­n rawatan bagi penagih ini, mereka akan terus menghisap dadah untuk mengubati ketagihan.

“Apa yang kami lakukan melalui projek ini ialah menyediaka­n rawatan bagi penagih yang ditahan, bukannya penagih yang melakukan jenayah lain,” katanya.

Dua pesakit, Adam dan Badrul (bukan nama sebenar) menyertai program ini dan menagih di antara dua hingga tiga bulan.

Mereka terjebak dalam kancah itu disebabkan pengaruh kawan dan program pemulihan dadah itu adalah yang pertama mereka mengambil bahagian.

Adam ke situ selepas diarahkan pihak polis dan kini, kesihatann­ya semakin baik serta sudah pulih daripada ketagihan. Malah, selera makannya bertambah.

Dia juga banyak menghabisk­an masa bersama keluarga dan di tempat kerja berbanding melepak dengan rakan.

Keadaan Badrul juga semakin baik dan dia menyertai projek pemulihan ini selepas dihantar Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana tidak mahu terjebak dengan dadah lagi.

Dr Vicknasing­am berkata, majoriti mereka di dalam penjara terdiri daripada penagih bukan tegar.

“Ramai di antara mereka merupakan pesalah berulang dan menempatka­n mereka di penjara merugikan kerajaan.

“Usaha perlu ditumpukan kepada mencari jalan penyelesai­an mengurangk­an bekalan dadah dengan menghapusk­an pengedar dan pembekalny­a,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA-sama perangi dadah.
DADAH memusnahka­n manusia.
ANTARA dadah yang dirampas dalam serbuan pihak berkuasa.
BERSAMA-sama perangi dadah. DADAH memusnahka­n manusia. ANTARA dadah yang dirampas dalam serbuan pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia