Harian Metro

Periang berubah pendiam

-

Pendang: Allahyarha­m Norazah Azizan, 29, yang terbunuh dalam kemalangan bas ekspres semalam sepatutnya pulang ke kampungnya di sini, pada Sabtu lalu tetapi ditunda sehari kerana mahu memenuhi undangan majlis sambutan hari jadi anak rakannya.

Rakannya, Nor Atikah Ahmad, 24, berkata, arwah mengirimka­n WhatsApp gambar tiket bas ekspres yang dibelinya pada Sabtu lalu dan sepatutnya dia pulang pada malam itu juga, namun dibatalkan pada saat akhir kerana mendapat jemputan majlis hari jadi anak rakannya di Kuala Lumpur.

Katanya, Norazah kemudian memaklumka­n semula kepadanya dia akan bertolak pulang pada jam 11 malam Ahad dan meminta dia menjemputn­ya di Hentian Bas Shahab Perdana di Alor Setar, keesokan harinya (semalam).

“Bagaimanap­un, sebelum naik bas dia beritahu saya tidak perlu mengambiln­ya kerana dia akan pulang sendiri menaiki teksi dan sejak itu kami berhenti berhubung sehingga saya mendapat tahu mengenai berita sedih ini,” katanya di rumah Norazah di Kampung Gajah Mati, Padang Pusing, di sini, semalam.

Katanya, dia dan Norazah berkawan rapat sejak kecil dan mereka berkongsi pelbagai cerita bersama.

“Kami ada kumpulan WhatsApp bersama beberapa lagi rakan lain dan sering berbual serta berkongsi pelbagai cerita di situ namun sejak dia ke Kuala Lumpur, dia sudah tidak aktif dalam kumpulan itu, malah gambar tiket itu juga dihantar secara terus kepada saya saja.

“Kami perasan perubahan dia daripada periang dan banyak bercakap menjadi pendiam, namun tidak menyangka itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, ibu arwah, Zainab Jusoh, 55, berkata, dia masih terkejut dengan berita pemergian anak ketiga daripada enam beradik itu.

Katanya, dia mendapat tahu mengenai perkara ini selepas dua anggota polis datang ke rumahnya dan memaklumka­n hal itu jam 11 pagi semalam, sebelum abang arwah bergegas ke Hospital Seberang Jaya, Pulau

Pinang.

Katanya, arwah bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Khamis lalu jam 12 malam dengan menaiki bas di Stesen Bas Pendang untuk menghadiri majlis kenduri rakannya, namun tidak memaklumka­n bila dia pulang.

“Arwah juga menunjukka­n perubahan sikap menjadi lebih pendiam sebelum ke sana, malah dia juga keluar daripada kumpulan WhatsApp ahli keluarga beberapa hari sebelum ke sana tanpa sebab.

“Arwah seorang periang dan peramah dengan semua orang tetapi secara tiba-tiba berubah menjadi pendiam tetapi saya hanya fikir dia mungkin ada masalah peribadi serta perlukan masa untuk tenangkan fikiran itu saja,” katanya.

Menurut Zainab, arwah adalah seorang ibu tunggal kepada dua orang anak berusia lima dan 10 tahun serta hanya menjalanka­n perniagaan barangan kosmetik dalam talian secara sambilan.

 ??  ?? NORAZAH
NORAZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia