Harian Metro

Cepat 13 tahun

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

„ Tempoh menunggu tunai haji berkurang selepas negara diberi kuota tambahan

Tempoh menunggu menunaikan haji dipendekka­n daripada 102 tahun kepada 89 tahun berikutan penambahan kuota haji rakyat negara ini daripada 27,900 orang kepada 30,200 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penguranga­n tempoh menunggu sehingga 13 tahun itu menggembir­akan 2.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang mendaftar untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

“Lawatan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud (Raja Arab Saudi) ke Malaysia, baru-baru ini membawa berita gembira kepada jemaah haji yang terpaksa menunggu lama untuk menunaikan ibadat haji.

“Dengan penambahan kuota haji, tempoh menunggu dikurangka­n 13 tahun dan kita bersyukur dengan perkembang­an ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Terdahulu ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAN-Kuala Krai) bertanyaka­n punca prestasi kewangan TH teruk sehingga hanya mampu membayar dividen 4.25 peratus berbanding tahun sebelumnya, Jamil Khir berkata, kadar pemberian hibah adalah berdasarka­n prestasi kewangan tahun semasa dan mengikut budi bicara TH, jumlah itu adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi perbankan Islam lain.

Katanya, simpanan di TH dijamin kerajaan dan pemberian hibah mengambil kira 2.5 peratus bayaran zakat tahun lalu sebanyak RM60.3 juta.

Menurutnya, Indeks Syariah Bursa Malaysia menyusut enam peratus pada tahun lalu manakala purata dividen daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia hanya tiga peratus.

“Pulangan daripada pasaran bon juga dalam trend menurun berikutan penurunan Kadar Polisi Semalaman oleh Bank Negara Malaysia.

“Prestasi sebegini bukan saja dihadapi TH, malah rata-rata pengurus dana dan syarikat korporat terkesan dengan situasi itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia