Harian Metro

Jana pelaburan RM77b

„ Inisiatif ICP bantu capai matlamat negara berpendapa­tan tinggi, rangsang produktivi­ti

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

Program Kerjasama Industri (ICP), inisiatif kerajaan bagi memastikan nilai terbaik untuk setiap wang program pemeroleha­n dijangka menjana pelaburan melebihi AS$17.5 bilion (RM77 bilion) menjelang 2021.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sasaran itu mampu dicapai biarpun dalam persekitar­an ekonomi semasa tidak menentu.

Menurutnya, jumlah itu merangkumi pelbagai projek daripada pelbagai pemeroleha­n kerajaan sama ada dalam sektor pertahanan dan bukan pertahanan.

Setakat ini, ada 71 ICP dengan 265 projek sedang dijalankan.

Katanya, tujuh program selesai dan didaftarka­n dengan nilai kredit bernilai AS$1.3 bilion (RM5.75 bilion) yang menyumbang kepada pertumbuha­n semasa ekonomi Malaysia sebanyak AS$250 juta (RM1.1 bilion).

“Program ini menjadi pemangkin dalam membantu memperkuku­hkan asas pembinaan Malaysia untuk menjadi negara berpendapa­tan tinggi dan merangsang produktivi­ti ekonomi.

“Kerajaan optimis sasaran itu boleh dicapai dengan sokongan berterusan daripada kerajaan, agensi, pemain industri tempatan dan antarabang­sa kerana ia peluang untuk berkongsi manfaat dengan pihak berkepenti­ngan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Persidanga­n Global Offset and Countertra­de Associatio­n (GOCA) Asia Pasifik 2017 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Technology Depository Agency Berhad (TDA) Datuk Zailani Safari. Malaysia dipilih menganjurk­an GOCA APAC 2017 iaitu persidanga­n peringkat global pertama kali diadakan di Asia Pasifik yang memberi tumpuan kepada industri ‘offset’ bermula 26 hingga 29 Mac.

Negara dari rantau Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Asia Tengah dan Afrika turut menyertai GOCA APAC 2017 yang dianjurkan dengan kerjasama GOCA, Kementeria­n Kewangan dan TDA.

Menurutnya, antara kejayaan yang dicapai daripada pelaksanaa­n ICP termasuk pembinaan landasan kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Mass Rapid Transit (MRT) Laluan 1 dan Laluan 2 serta pembelian helikopter, kapal dan kapal terbang untuk tentera.

“TDA dipertangg­ungjawabka­n untuk menyelaras perjanjian program itu bagi mendapat manfaat untuk perkembang­an industri bernilai tinggi hasil daripada perjanjian perolehan kerajaan,” katanya.

 ??  ?? JOHARI (kanan) merasmikan persidanga­n GOCA disaksikan Zailani (tiga dari kanan) dan Dr Mohd Irwan (dua dari kanan), semalam.
JOHARI (kanan) merasmikan persidanga­n GOCA disaksikan Zailani (tiga dari kanan) dan Dr Mohd Irwan (dua dari kanan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia