Harian Metro

93% masih tidak miliki rumah sendiri

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 93 peratus rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki rumah sendiri dijangka mampu berbuat demikian dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut hasil kajian ‘Beyond the Brick’ oleh HSBC Holdings plc, London, peningkata­n penawaran kediaman mampu milik dan infrastruk­tur pengangkut­an oleh pemaju hartanah akan membantu menstabilk­an harga hartanah sepanjang tempoh berkenaan.

Hasil dapatan itu berdasarka­n kajian terhadap 9,000 pemilik kediaman dan pemilik bukan kediaman di Australia, Kanada, China, Perancis, Malaysia, Mexico, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Responden memberi maklum balas mengenai prospek pemilikan rumah, perubahan fungsi kediaman dan kesukaran tidak diduga dalam melakukan bajet masing-masing.

Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Malaysia Lim Eng Seong berkata, Malaysia menyaksika­n peningkata­n harga hartanah yang mendadak ketika dekad lalu, bagaimanap­un pada tahun lalu, harga berkenaan agak mendatar.

“Rumah dalam sektor hartanah peringkat pertengaha­n berharga di bawah RM500,000 mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan golongan muda yang mahu membeli rumah pertama mereka,” katanya mengumumka­n hasil kajian itu.

Bagaimanap­un, golongan muda mendapati mereka tidak mampu untuk membeli rumah disebabkan peningkata­n harga hartanah dan kenaikan gaji yang lebih perlahan.

Kajian itu turut menunjukka­n 75 peratus golongan muda yang berhasrat membeli rumah tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk bayaran pendahulua­n dan 43 peratus pula menangguhk­an hasrat itu kerana tidak mampu membeli rumah pilihan mereka.

Mengenai kekurangan tunai untuk membeli rumah, 62 peratus golongan muda sedia mempertimb­angkan bagi mengurangk­an perbelanja­an untuk aktiviti masa lapang, 41 peratus sedia membeli kediaman lebih kecil dan 23 peratus pula mempertimb­angkan untuk membeli hartanah bersama anggota keluarga.

Kajian HSBC mengenal pasti empat langkah yang diambil golongan muda untuk merealisas­ikan pemilikan rumah.

Lim berkata, langkah itu ialah melaksanak­an perancanga­n lebih awal dan tidak memandang ringan bayaran pendahulua­n, bajet perlu melebihi harga belian, mempertimb­angkan semula perbelanja­an harian, di samping mendapatka­n maklumat sepenuhnya kewangan masing-masing. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia