Harian Metro

Pecutan bergaya

- AFP

Penunggang Yamaha dari Sepanyol Maverick Vinales memenangi aksi pembuka tirai musim MotoGP di Qatar, awal pagi semalam selepas berjaya mengatasi cabaran sengit Andrea Dovizioso yang kerap kali memintasny­a sepanjang tujuh pusingan terakhir.

Vinales, 22, yang menjadi tajuk berita sepanjang sesi ujian pramusim termasuk ujian di Qatar, memperbaik­i permulaan buruknya walaupun bermula di petak utama untuk menang dan

(gambar)

melonjakka­n lagi prestasi serta reputasiny­a musim ini.

“Ia terasa sangat hebat,” katanya selepas menang.

“Secara jujur, litar ini memang sukar. Saya terlalu berhati-hati pada permulaan perlumbaan.

“Bagaimanap­un, jentera saya tidak mengecewak­an. Saya harus mengucapka­n terima kasih kepada pasukan. Walaupun ketika kami ber- ada dalam keadaan sukar, kami tetap bersatu.”

Vinales memenangi perlumbaan yang terpaksa dipendekka­n kepada 20 pusingan selepas hujan dan litar basah memaksa permulaan ditangguhk­an selama 45 minit.

Bagaimanap­un, penganjur tetap mampu tersenyum apabila cuaca kembali baik walaupun ramalan mengatakan hujan lebat mungkin menjejaska­n aksi di Qatar kerana sebelum itu, sesi kelayakan terpaksa dibatalkan akibat ribut petir.

Dovizioso yang menunggang Ducati, menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi di tempat ketiga bersama Yamaha walaupun bermula di petak ke-10.

“Ia memang sukar,” kata

„ Vinales juarai aksi pembuka tirai di Qatar

Dovizioso. “Kami sedar kami tidak dapat menunggang dengan kepantasan biasa.

“Saya cuba menyaingi Maverick hingga garisan penamat. Saya cuba memintasny­a di pusingan terakhir tapi dia terlalu jauh di depan.”

Rossi berkata: “Saya tidak tahu apa yang berlaku tapi saya berjaya menunggang dengan baik.

“Pengambila­n selekoh saya juga baik. Saya harap keadaan sebegini akan berterusan sepanjang musim ini.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia