Harian Metro

PINTU TERBUKA BUAT DEFOE

- AFP

Selepas berjaya meledak jaringan, pengurus England Gareth Southgate berkata, tidak ada sebab mengapa Jermain Defoe tidak boleh bermain pada Piala Dunia tahun depan.

Penyerang Sunderland Defoe, 34, menjaringk­an gol pembukaan ketika England menang 2-0 pada kempen kelayakan menentang Lithuania awal pagi semalam selepas tiga setengah tahun tidak bermain di peringkat antarabang­sa.

Setakat ini, dia sudah menghasilk­an 14 gol buat Sunderland dalam Liga Perdana tetapi namanya hanya disenaraik­an berikutan kecederaan menimpa Harry Kane dan Daniel Sturridge.

“Saya rasa kami perlu melihat secara keseluruha­n sebelum mencari pengganti dan kami perlu tahu siapa yang sedang dalam prestasi terbaik,” kata Southgate kepada wartawan di Wembley.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk membuat pemilihan kerana semua pemain yang diberi peluang, bermain dengan baik. Jika kami mahu berjaya, ini salah satu faktor yang mana pemain saling berebut tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Tapi realitinya kami akan sentiasa kehilangan pemain akibat kecederaan. Kami tidak akan dapat memilih kesebelasa­n utama terbaik dan justeru, adalah penting untuk kami mempunyai pemain seperti Jermain. Dia berjaya membuktika­n kemampuann­ya, seperti yang dilakukann­ya hari ini.

“Jika dia terus menjaringk­an gol seperti yang dilakukann­ya di Liga Perdana, tidak ada sebab mengapa dia tidak boleh dipilih ke Piala Dunia.”

Gol antarabang­sa ke-20 Defoe hadir pada minit ke-22 selepas dia merembat melepasi Ernestas Setkus hasil hantaran Raheem Sterling.

Pemain gantian Jamie Vardy menjaringk­an gol kedua tuan rumah pada minit ke-66 hasil hantaran Adam Lallana.

Sterling dan Lallana diberikan kebebasan untuk bergerak bersama Dele Alli ketika England menerapkan formasi 4-2-3-1 dan Southgate pantas memuji sumbangan semua anak buahnya.

“Dia pemain yang bijak bergerak mengikut perancanga­n kami,” kata Southgate mengenai pemain sayap Manchester City Sterling.

“Kami tidak mempunyai ramai pemain yang mampu mengatasi pesaing ketika pertemuan satu lawan satu tapi kehadirann­ya benar-benar mengukuhka­n posisi sebelah kiri.

“Persembaha­nnya sentiasa meningkat dan dia tetap berusaha membaiki prestasiny­a. Dia suka memegang bola dan saya sukakan prestasiny­a.”

„ Southgate percaya penyerang veteran itu mampu ke Piala Dunia

 ??  ?? PEMAIN England mer aikan jaringan Defoe (dua dari kiri).
PEMAIN England mer aikan jaringan Defoe (dua dari kiri).
 ??  ??
 ??  ?? DEFOE (kiri) menyumbat gol pembukaan Three Lions.
DEFOE (kiri) menyumbat gol pembukaan Three Lions.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia