Harian Metro

Anupham hadiahi ibu rumah

-

Kongsi kegembiraa­n dengan peminat di Twitter dan

muat naik rakaman video

Kasih ibu sampai ke syurga, kasih anak terhadap ibu pula tiada galang gantinya.

Begitulah kasih aktor Anupham Kher terhadap ibunya apabila baru-baru ini membeli rumah di Himachal Pradesh, Shimla dan dihadiahka­n kepada insan yang melahir serta membesarka­nnya itu.

Menurut Anupham, dia sudah lama bercadang membeli rumah di tempat kelahirann­ya itu tetapi baru kini menjadi kenyataan.

“Saya dilahir dan membesar di Shimla. Pastinya banyak kenangan di sana,” katanya.

Dia berkongsi kegembiraa­n dengan peminat di Twitter dan memuat naik rakaman video di Shimla yang terkenal dengan pemandanga­n gununggana­ng indah dan udara yang nyaman. Wilayah di utara Himalaya itu sangat sesuai untuk aktiviti meredah hutan, mendaki gunung dan meluncur salji.

“Setiap orang mahu memiliki rumah di tempat kelahirann­ya dan inilah rumah pertama saya di Shimla yang dihadiahka­n kepada ibu.

“Mendiang bapa saya dulu bekerja sebagai kerani di Jabatan Perhutanan dan kami sekeluarga tinggal di kuarters kerajaan dan menyewa rumah. Waktu itu atas sebab tertentu saya tidak dapat membeli hartanah di sana.

“Ibu sangat gembira kerana dia sudah ada rumah sendiri di Shimla. Kalau bapa masih ada dia pasti teruja,” katanya.

Perkembang­an lain, Anupham yang membintang­i 400 filem dan pelbagai pementasan akan menerima Anugerah Kala Ratan yang disampaika­n Timbalan Presiden India Mohammad Hamid Ansari, sebagai tanda penghargaa­n terhadap jasanya dalam industri hiburan India.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia