Harian Metro

Kerja lapangan kesan zoonosis

-

SERAMAI 35 penuntut Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) mengadakan lawatan tugasan lapangan berkaitan jangkitan zoonosis bawaan anjing dalam kalangan masyarakat

Orang Asli Jahai di Sungai Tiang, Hutan Belum, Perak.

Ketua projek, Prof Dr Abdul Rashid Khan berkata, kajian terhadap kumpulan masyarakat Orang Asli itu dilakukan untuk membangunk­an strategi intervensi One Health bagi memecahkan rangkaian jangkitan zoonosis bawaan anjing yang berkeliara­n di penempatan masyarakat itu.

“Lawatan ini adalah sebahagian daripada geran penyelidik­an dari Malaysia One Health University Network, sebuah rangkaian di bawah projek USAID One Health Workforce untuk mengkaji pengetahua­n, sikap dan amalan,” katanya.

Katanya, masyarakat Orang Asli Jahai antara kumpulan kecil suku kaum yang hidup di dalam hutan itu berdepan masalah ekoran pertambaha­n bilangan anjing liar di kawasan penempatan mereka.

“Kurangnya perhatian boleh membawa kepada kemunculan jangkitan zoonosis dalam kalangan manusia ekoran daripada bawaan anjing ini.

“Sebagai sebahagian daripada intervensi

One Health Workforce, siswa dapat menimba pengetahua­n dan mewujudkan kesedaran berkaitan potensi morbiditi dan kematian yang dikaitkan dengan jangkitan zoonosis bawaan anjing,” katanya.

Ketua suku kaum itu, Ah Chong berkata, masyarakat Jahai yang umumnya suka berburu, menggunaka­n haiwan itu ketika memburu.

Bagaimanap­un katanya, ekoran daripada pembiakan yang tidak terkawal dan kurangnya pemangsa, bilangan anjing itu bertambah.

“Anjing itu tidak dijaga dan tidak menerima rawatan sewajarnya termasuk prosedur pemvaksina­n atau menyahcaci­ng,” katanya.

Sementara itu, pelajar Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Chong Jia Jie berkata, penyertaan­nya dalam projek itu membolehka­n beliau berinterak­si dengan masyarakat terbabit yang memberikan­nya pengalaman berharga.

“Kumpulan ini berkumpul di Pulau Banding pada sebelah pagi sebelum memulakan perjalanan ke lokasi menaiki bot.

“Lawatan ini mengajar saya untuk menghargai masyarakat ini yang terabai, memerlukan jasa baik dan bantuan kita. Adalah lebih baik untuk memberi daripada meminta,” katanya.

Projek itu tertumpu kepada kumpulan siswa yang mengumpul data, termasuk kaji selidik berkenaan pengetahua­n, sikap dan amalan masyarakat Jahai berkenaan jangkitan zoonosis bawaan anjing, sementara satu kumpulan pelajar lagi mengambil sampel darah dan swab daripada anjing liar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia