Harian Metro

Untung sebelum cukai Pos Malaysia naik 42 peratus

-

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatatka­n peningkata­n 42 peratus dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM131.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 daripada RM92.5 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, semalam, Pos Malaysia berkata, hasil syarikat turut menokok 23 peratus kepada RM2.1 bilion daripada RM1.7 bilion sebelum ini berikutan penyertaan perniagaan logistik yang baru dimilikiny­a serta pertumbuha­n kukuh perniagaan kurier.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, syarikat itu berjaya melaksanak­an inisiatif strategikn­ya sebagaiman­a digariskan dalam program transforma­si untuk muncul sebagai penyedia perkhidmat­an logistik pilihan serta memenuhi keperluan e-dagang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia