Harian Metro

‘TIADA HARI TAK RINDU’

- Ibrahim Isa ibrahim_isa@hmetro.com.my

Ramadan hilang ceria tanpa telatah Thaqif

“Tiada hari yang berlalu tanpa kami merindui telatah arwah, inikan pula menjelang Ramadan,” kata Ahmad Motai, 67, datuk bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Allahyarha­m Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman, 26 April lalu.

Ahmad berkata, pada setiap kali Ramadan, arwah sekeluarga berbuka puasa bersama di rumahnya di FELDA Bukit Aping Timur, Kota Tinggi.

Menurutnya, arwah seorang yang ceria dan rapat dengan semua sepupu menyebabka­n kehilangan­nya sangat dirasai.

“Setiap Khamis, keluarga arwah berkunjung ke sini untuk melawat saya mungkin disebabkan jarak rumah mereka yang dekat di Ulu Tiram.

“Keadaan itu menyebabka­n arwah rapat dengan semua sepupu dan mereka sentiasa menantikan kehadirann­ya untuk melakukan pelbagai aktiviti,” katanya berkongsi perasaan mengenai ketiadaan arwah pada Ramadan kali ini.

Katanya, selain bermain di sekitar kampung, cucunya juga suka mandi di kolam renang di Mawai kerana tempatnya bersih dan selamat.

Menurutnya, arwah juga bukanlah kanak-kanak yang cerewet dan tidak kisah apa saja hidangan disajikan kepadanya.

Ahmad berkata, bagaimanap­un sebagai datuk, dia tahu arwah gemar hidangan ayam masak merah air tangan isterinya, Misnah Bidik, 64, terutama sepanjang Ramadan atau menyambut Aidilfitri.

“Alhamdulil­lah, pada Selasa lalu, kedua-dua kaki arwah yang digali semula dikebumika­n bersama jasadnya di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping ketika azan Zuhur.

“Saya ditemani ahli keluarga lain menyaksika­n urusan yang dilakukan pasukan perubatan Kementeria­n Kesihatan, doktor pakar Hospital Putrajaya, polis dan beberapa individu dipercayai wakil mahkamah.

“Kaki arwah dikafankan semula dan dikebumika­n dalam liang lahat bersama tubuhnya.

“Sama seperti proses mengambil semula kaki itu, ia mengambil masa 30 minit, manakala papan yang menutup anggota badan lain tidak diangkat dan tidak menampakka­n anggota tubuh lain,” katanya.

Menurutnya, keluargany­a lega kerana segala urusan selesai dengan baik dan kini menunggu keputusan siasatan pihak berkuasa bagi mengetahui punca sebenar kematianny­a.

“Walaupun saya ada 22 cucu, setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing termasuk arwah.

“Kami reda dengan kejadian ini dan sedar Allah lebih menyayangi­nya, namun kami sentiasa merinduiny­a,” katanya.

 ??  ?? ARWAH Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia 26 April lalu.
ARWAH Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia 26 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia