Harian Metro

KERJA MUDAH GAJI MAHAL

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Pendapatan lumayan menjadi alasan seorang remaja perempuan memilih bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di Plaza Berjaya, Jalan Imbi, di sini.

Remaja berusia 18 tahun itu antara 16 wanita yang ditahan pihak berkuasa dalam serbuan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op Bah) Siri Ke-36 yang dijalankan secara bersepadu di Plaza Berjaya, di sini, semalam.

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Erin itu berkata, sebelum ini dia pernah bekerja di pasar raya dengan gaji RM900 sebulan yang dianggap kecil berbanding bekerja sebagai GRO dengan pendapatan lebih RM4,000 sebulan.

“Saya tidak berpendidi­kan tinggi dan hanya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadi hanya kerja ini saya boleh dapat upah lumayan berbanding sebagai pembantu kedai dengan gaji lebih rendah.

“Malah, kerja (kami) amat mudah iaitu hanya perlu melayan pelanggan berhibur selain diberikan tip apabila mereka berpuas hati dengan layanan kami,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancanga­n dan Pembanguna­n) Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk M Noor Azman Taib berkata, pihak berkuasa turut menahan 21 individu beragama Islam berusia antara 20 hingga 40 tahun kerana kesalahan meminum arak.

“Dalam serbuan jam 12 tengah malam itu, kami turut memeriksa 126 pelanggan di dua pusat hiburan di bangunan

Alasan remaja 16 tahun pilih jadi GRO

berkenaan dan menahan 16 daripadany­a yang berusia antara 20 hingga 30 tahun kerana positif dadah.

“Mereka yang ditahan diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JAWI) untuk tindakan lanjut,” katanya.

M Noor berkata, pemeriksaa­n terhadap kedua-dua premis berkenaan mendapati ia memiliki lesen sah namun melanggar beberapa syarat walaupun notis dikeluarka­n sebelum ini.

“Kami pernah menjalanka­n serbuan di kedua-dua premis sebelum ini iaitu pada September lalu dan mengeluark­an notis amaran kerana menghidang­kan minuman keras terhadap pelanggan beragama Islam.

“Malah, mereka juga secara terang-terangan memaparkan syarat kemasukan iaitu larangan memasuki premis terbabit bagi wanita bertudung di hadapan pintu masuk pusat hiburan itu yang melanggar syarat lesen,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia