Harian Metro

PENGSAN DIREMPUH LELAKI AFRIKA

- Kalidevi Mogan Kumarappa Kalidevi@hmetro.com.my

Anggota penguat kuasa wanita jadi mangsa kelakuan agresif lelaki Nigeria cuba larikan diri

Tidak ubah seperti rempuhan lembu gila apabila sekumpulan lelaki warga Afrika melanggar sesiapa saja di hadapan mereka termasuk seorang pegawai wanita Jabatan Imigresen Putrajaya hingga pengsan.

Mangsa dirempuh lelaki Nigeria yang cuba meloloskan diri sejurus menyedari operasi dilakukan pihak berkuasa di Taman Desa Puri, Kepong di sini, jam 11.30 malam Rabu lalu.

Anggota Jabatan Imigresen berusia 26 tahun itu ditugaskan bersama 120 rakan setugas mengadakan operasi Op Ikrar Bersepadu bagi menangani masalah lambakan warga asing terutama dari Afrika yang sering mengganggu ketenteram­an awam di sekitar lokasi kejadian.

Bagaimanap­un sebaik menyedari kehadiran anggota JIM, kebanyakan Awang

Hitam yang sedang teguk minuman keras di kawasan itu bertempiar­an lari dan melanggar apa saja di hadapan mereka termasuk kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

Malah, hampir setiap lelaki Afrika yang cuba ditahan bertindak agresif dan cuba melawan anggota JIM dalam cubaan meloloskan diri.

Anggota JIM yang dirempuh hingga pengsan itu kemudianny­a dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatka­n rawatan.

Bagaimanap­un kira-kira jam 10 pagi kelmarin, anggota JIM terbabit mula sedarkan diri sebelum dibenarkan pulang pagi semalam.

Dalam operasi yang diketuai Ketua Bahagian Penguat Kuasa JIM KL, Mohamad Yusoff Khan Mohamad Hasan itu, kawasan seluas 12,000 meter persegi itu dikepung lebih awal sebelum menggempur kawasan itu serentak dengan bantuan 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Seramai 102 warga asing ditahan hasil pemeriksaa­n ke atas 156 warga asing dan daripada jumlah itu, seramai 94 individu yang ditahan adalah warga Nigeria, tiga lelaki Bangladesh, dua wanita Thailand, masing-masing seorang warga Indonesia, Filipina dan Senegal.

Ketika serbuan dijalankan, pelbagai aksi agresif dilakukan termasuk cubaan menggigit, merempuh dan bergaduh dengan pegawai

JIM. Malah, ramai juga yang menyembuny­ikan diri di dalam longkang busuk.

Namun, segala cubaan itu gagal dan semua yang ditahan disiasat mengikut pelbagai kesalahan termasuk Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen 1959/1963 atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, Seksyen15(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(l) akta yang sama.

Seorang warga asing juga dikesan memiliki permit pelajar disyaki palsu yang digunakan untuk memasuki negara secara haram.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Jaafar Mohamed berkata, selain penguat kuasa wanita yang cedera sehingga pengsan itu, terdapat juga anggota penguat kuasa lain yang luka-luka dan terseliuh dalam insiden itu.

Beliau berkata, 14 warga asing turut mengalami cedera ringan dalam operasi itu.

“Semua yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun dan akan dihantar ke Depoh

Imigresen Bukit

Jalil untuk siasatan lanjut.

“Operasi

Penguatkua­saan

Bersepadu bersama agensi berkaitan akan dilaksanak­an secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melakukan kesalahan mengikut Akta

Imigresen

1959/63, Akta

Passport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.

 ??  ?? TIGA anggota JIM menahan seorang warga Afrika yang agresif. ANGGOTA wanita yang dirempuh diangkat untuk dibawa ke hospital.
TIGA anggota JIM menahan seorang warga Afrika yang agresif. ANGGOTA wanita yang dirempuh diangkat untuk dibawa ke hospital.
 ?? Jaafar
FOTO: ?? KUMPULAN lelaki warga asing yang berjaya ditahan dalam Op Ikrar Bersepadu di Taman Desa Puri, Kepong. LELAKI Afrika cedera di kepala ketika cuba melarikan diri. DUA anggota JIM menahan seorang lelaki warga asing yang cuba meloloskan diri. WANITA warga...
Jaafar FOTO: KUMPULAN lelaki warga asing yang berjaya ditahan dalam Op Ikrar Bersepadu di Taman Desa Puri, Kepong. LELAKI Afrika cedera di kepala ketika cuba melarikan diri. DUA anggota JIM menahan seorang lelaki warga asing yang cuba meloloskan diri. WANITA warga...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia