Harian Metro

Gadis ‘ditawan’ kekasih WhatsApp SIMBOL CINTA RAZAK & RAMLAH

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Padah kerana terlalu mempercaya­i teman lelaki yang baru dikenali menerusi aplikasi WhatsApp, seorang wanita berusia 22 tahun menjadi tawanan lelaki berkenaan sebelum dikurung selama 24 jam dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Paya Pulai, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Raub Selamat berkata, kejadian berlaku selepas wanita itu bertemu dengan teman lelaki baru dikenaliny­a bagi membantuny­a mencari pekerjaan.

“Sehari sebelum kejadian, mangsa menaiki bas jam 8 malam ke bandar ini dan menyangka teman lelaki baru dikenali beberapa minggu itu tinggal bersama keluargany­a.

“Sangkaan wanita itu meleset apabila lelaki berkenaan membawanya ke rumah sewa di bandar ini sebelum dia dikurung di dalam kediaman itu,” katanya.

“Saya tidak mampu membina istana sehebat Taj Mahal sebaliknya hanya mampu untuk menghasilk­an replika kapal di bumbung rumah sebagai tanda cinta saya kepada isteri,” kata Razak Ismail, 60.

Razak berkata, replika kapal yang dibina lapan bulan lalu cukup besar pengertian­nya dan menjadi simbolik serta ingatan kepadanya dalam menjalanka­n tanggungja­wab sebagai ketua keluarga.

“Orang tua selalu membuat perumpamaa­n ketua keluarga iaitu suami ibarat nakhoda kepada keluarga yang diibaratka­n seperti kapal.

“Replika itu dibina sebagai ingatan kepada diri sendiri supaya mengemudi keluarga dengan baik seperti mengemudi sebuah kapal supaya tidak karam di lautan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Che Kundur, Batu Buruk.

Menurut Razak, dia berharap replika kapal itu bukan saja menceriaka­n rumahnya, malah menjadi kenangan kepada isteri dan keluarga sekiranya umurnya tidak panjang.

“Jika orang tanya kenapa saya membina replika kapal itu, jawapan diberikan sebagai lambang cinta saya kepada isteri dan dijadikan kenangan jika saya tiada nanti.

“Jika Shah Jahan boleh membina Taj Mahal untuk isterinya kerana kemampuann­ya sebagai raja, kita sebagai orang biasa binalah sesuatu mercu tanda sebagai tanda kasih kepada isteri,” katanya yang bekerja sebagai buruh.

Razak berkata, isterinya, Ramlah Abdullah, 40, pada awalnya tidak bersetuju dengan ideanya yang mahu menghias bumbung dengan hiasan replika.

“Saya tidak memaklumka­n isteri mengenai perancanga­n membina replika itu sebaliknya hanya memaklumka­n mahu menghias bumbung.

“Namun, apabila replika kapal itu siap, isteri yang paling seronok dan teruja,” katanya.

“Selain replika kapal, kediaman kami turut dihiasi replika kapal terbang MH370 sebagai mengingati kejadian besar yang berlaku di negara ini pada 2014,” katanya.

Sementara itu, Ramlah berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat suami yang mahu membina replika di atas bumbung kerana ia pelik dan tidak dibuat orang.

“Tiada orang menghias bumbung rumah dengan replika kapal, tetapi selepas ia siap saya terpegun kerana ia membuatkan rumah kami lebih unik,” katanya.

 Warga emas bina replika kapal di bumbung tanda kasih isteri

 ??  ?? RAZAK dan Ramlah di hadapan rumah mereka di Kampung
Che Kundur, Batu Buruk.
RAZAK dan Ramlah di hadapan rumah mereka di Kampung Che Kundur, Batu Buruk.
 ??  ??
 ??  ?? REPLIKA kapal terbang MH370 yang dibina Razak.
REPLIKA kapal terbang MH370 yang dibina Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia