Harian Metro

RESTORAN JIJIK

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediaprima.com.my

 Enam kedai makan ala Thai diarah tutup dua minggu

Kesan air kencing tikus, dapur kotor dan menggunaka­n bahan masakan berkulat antara kesalahan dikesan Unit Inspektora­t dan Perundanga­n (UIP), Jabatan Kesihatan Melaka hasil pemeriksaa­n terhadap enam restoran makanan ala Thai di sekitar daerah ini, kelmarin.

Hasil pemeriksaa­n dalam Op Tom Yam bermula jam 10.30 malam, pegawai penguat kuasa UIP mendapati ada antara restoran berkenaan sebelum ini diarahkan tutup kerana tahap kebersihan kurang memuaskan, namun sekali lagi dikesan mengulangi kesalahan sama.

Malah, ketika pemeriksaa­n dilakukan penguat kuasa UIP turut menemui kuali diletakkan di atas lantai dan dibiarkan begitu saja di atas dapur tanpa dicuci.

Selain itu, turut ditemui sebakul nasi yang dipercayai digunakan untuk menyediaka­n nasi goreng dibiarkan terdedah di bawah rak makanan.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ghazali Othman berkata, pihaknya melakukan pemeriksaa­n terhadap 20 restoran tomyam selepas menerima aduan daripada pelanggan yang kurang berpuas hati dengan tahap kebersihan premis berkenaan.

Beliau berkata, operasi itu untuk melindungi pelanggan

daripada terdedah kepada wabak penyakit atau keracunan makanan kerana dikendalik­an tanpa mengikut prosedur ditetapkan pihaknya.

“Enam restoran tomyam masing-masing tiga di Bachang dan Pantai Puteri diarahkan tutup 14 hari kerana markah tahap kebersihan kurang daripada 70 peratus, manakala sebuah lagi sekadar mencatat markah bawah 50 peratus.

“Sebanyak 30 notis atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memakai penutup kepala, kasut, kuku panjang serta menggaji pekerja yang tidak menghadiri kursus pengendali makanan dikeluarka­n kepada pengusaha premis,” katanya.

Dr Ghazali berkata, secara keseluruha­n notis dikeluarka­n berjumlah RM9,550 dan pihaknya turut merampas bahan masakan yang tidak diluluskan pihak berkuasa negara ini.

“Ketika pemeriksaa­n kami turut mendapati ada premis mencampurk­an bahan pewarna dan perasa tidak diluluskan dalam hidangan.

“Susulan itu lebih 30 botol serbuk perasa dan empat kotak pewarna dirampas,” katanya.

 ?? FOTO: ?? ANGGOTA penguat kuasa menguji teh yang digunakan di sebuah restoran.
PERALATAN memasak kotor. MINYAK masak kitar semula yang digunakan turut dihurung lalat.
NANAS yang rosak dan berkulat masih disimpan.
FOTO: ANGGOTA penguat kuasa menguji teh yang digunakan di sebuah restoran. PERALATAN memasak kotor. MINYAK masak kitar semula yang digunakan turut dihurung lalat. NANAS yang rosak dan berkulat masih disimpan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia