Harian Metro

JASA AL-EHYA

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Maahad dibangunka­n Ustaz Abu Bakar al-Baqir

pada 1934 lalui banyak transforma­si Sehingga kini, kami mempunyai lebih 500 pelajar dari tingkatan satu hingga enam rendah dan 50 guru dari pelbagai latar belakang akademik termasuk lulusan universiti luar negara”

Ahmad Jahid

Menarik mengenai Maahad al-Ehya Asshariff yang dibangunka­n Ustaz Abu Bakar al-Baqir pada 1934 di Gunung Semanggol, Perak, ia kini dipimpin oleh cucunya, Ustaz Ahmad Jahid Mamduh Shahar Murshid, 46, sebagai Pengetua yang juga bekas pelajar sekolah itu pada 1980-an.

Bermula dengan sistem pondok yang memberi pendidikan agama berteraska­n kitab turath kepada penduduk sekitar, ia melalui banyak transforma­si terutama daripada sistem pembelajar­an mengikut peredaran zaman, malah menjadi pondok dan sekolah agama terawal negara yang mengguna pakai sistem peperiksaa­n awam apabila ia diperkenal­kan kerajaan pada 1950-an.

Pada 1960-an pula, sekolah ini turut memperkena­lkan kelas kemahiran seperti memasak, menjahit dan pertukanga­n kepada pelajarnya sebagai alternatif kepada pelajar yang kurang berjaya dalam akademik sebagai persediaan menempuh kehidupan selepas tamat belajar.

Menurut Ustaz Ahmad Jahid Mamduh, ketika awal penubuhan dan zaman kegemilang­annya pada 1980-an, Maahad al-Ehya Asshariff bukan saja menerima pelajar dari Malaysia, malah turut menjadi pilihan pelajar Brunei, Indonesia dan Singapura sehingga mencecah 1,500 pelajar.

Katanya, seiring perkembang­an pendidikan moden, Maahad al-Ehya Asshariff yang diuruskan sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR) kemudianny­a memasuki aliran perdana sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dengan nama Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad al-Ehya Asshariff pada 2006.

“Walaupun menjadi SABK, kami masih lagi mengekalka­n beberapa tradisi seperti menitikber­atkan pengajian agama dan sahsiah serta mempunyai jemaah pentadbir di bawah Yayasan Maahad al-Ehya Asshariff yang ditubuhkan pada 1990-an.

“Sehingga kini, kita mempunyai lebih 500 pelajar dari tingkatan satu hingga enam rendah dan 50 guru dari pelbagai latar belakang akademik termasuk lulusan universiti luar negara,” katanya.

Beliau berkata, selain belajar akademik seperti sekolah harian, pelajar di SMA Maahad al-Ehya Asshariff turut mengikuti Kurikulum Berasaskan Dini (KBD) yang diselarask­an kerajaan kepada SABK seluruh negara yang melayakkan mereka untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi membolehka­n mereka menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir atau setaraf dengannya.

Katanya, pihaknya tidak meletakkan syarat tertentu seperti sekolah berasrama penuh lain kerana tujuan utama penubuhan Maahad al-Ehya Asshariff seperti diceritaka­n datuknya ialah memberi pendidikan untuk semua.

“Sekolah adalah tempat untuk memanusiak­an individu dan mendidik mereka menjadi orang berguna kepada semua lapisan masyarakat.

“Apabila tiada syarat akademik minimum, maka pencapaian­nya agak turun naik seperti sekolah harian dan tidak setanding sekolah agama berasrama penuh lain,” katanya.

Begitupun katanya, sekolah itu cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulu­m apabila pelajarnya sering menjadi wakil daerah dan negeri untuk bersaing di peringkat kebangsaan dalam pertanding­an memanah, silat olahraga, bola baling dan robotik.

Menurutnya, kebanyakan pelajar sekolah itu tinggal di asrama dan mereka bebas mengikuti pelbagai aktiviti kokurikulu­m disediakan selain diwajibkan mengikuti aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, mengaji al-Quran dan pelbagai lagi.

Katanya, biarpun berbeza pengurusan dan melalui pelbagai peralihan sistem pengajian, Maahad al-Ehya Asshariff tetap mengekalka­n matlamatny­a untuk memandaika­n anak bangsa

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA pencapaian yang diterima Maahad al-Ehya Asshariff
ANTARA pencapaian yang diterima Maahad al-Ehya Asshariff
 ??  ?? AKTIVITI pembelajar­an di dalam kelas di Maahad al-Ehya Asshariff.
AKTIVITI pembelajar­an di dalam kelas di Maahad al-Ehya Asshariff.
 ??  ?? GAMBAR lama tenaga pengajar bersama pelajar maahad.
GAMBAR lama tenaga pengajar bersama pelajar maahad.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia