Harian Metro

Bukan hanya pejuang kemerdekaa­n

-

Mungkin ramai mengenali Ustaz Abu Bakar al-Baqir hanya sebagai antara ulama yang berjuang menuntut kemerdekaa­n, tapi sebenarnya beliau juga adalah tokoh korporat dan pemikir yang memandang jauh ke depan.

Nama sebenarnya ialah Abu Bakar Mohd Said yang dilahirkan di Gunung Semanggol, Perak pada 1907 dan digelar al-Baqir oleh gurunya Sheikh Abdullah Fahim, datuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana sifatnya yang cergas dan berkeboleh­an dalam banyak perkara ketika menuntut di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut cucunya, Ustaz Ahmad Jahid Mamduh Shahar Murshid, ketika awal penubuhan Maahad al-Ehya Asshariff tidak begitu mengharapk­an sumbangan orang ramai dan peruntukan kerajaan, sebaliknya berusaha menjana pendapatan sendiri.

Katanya, Ustaz Abu Bakar menerusi Persatuan Maahad al-Ehya Asshariff mempunyai ladang sawit seluas 10 hektar dan dua kilang padi sebagai aset untuk mencari dana menampung perbelanja­an sekolah.

“Ketika itu, pengurusan persatuan dibahagika­n kepada dua iaitu menguruska­n ladang dan sekolah, malah ladang sawit ini masih ada hingga kini dan turut menjadi sumber untuk pengurusan sekolah.

“Ustaz Abu Bakar bina kilang padi ketika itu untuk menjana ekonomi Melayu, jadi kitaran kewangan ini akan dinikmati ramai pihak yang akhirnya digunakan untuk memandaika­n anak bangsa,” katanya.

Selain itu, datuknya juga terbabit membina sistem bekalan elektrik untuk penduduk kampung dan memperkena­lkan sistem wakaf kepada masyarakat untuk menyumbang apa saja keperluan kepada sekolah.

“Orang dulu fikir sekolah agama sebagai wakaf dan jana pendapatan sendiri, sekarang semua perkara perlukan duit. Ini beza pemikiran dan kerja orang dulu dengan kini,” katanya.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya Ustaz Abu Bakar terbabit mengasaska­n tiga pertubuhan penting orang Melayu iaitu Pusat Perekonomi­an Melayu SeMalaya (PEPERMAS), Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA) dan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR).

Perhimpuna­n pertama PEPERMAS di Gunung Semanggol pada 1947 bertujuan mengumpul korporat Melayu dan membincang­kan pelbagai agenda termasuk penubuhan Bank Peladang serta pameran jualan pelbagai barangan pertanian, pertukanga­n dan perusahaan orang Melayu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia