Harian Metro

USAH BERSEDIH ANDAI DITIMPA UJIAN ALLAH

-

Penatnya hidup ini seandainya kita terlalu memikirkan layanan orang kepada kita. Manusia, dia melayan Allah pun tidak sempurna, apatah lagi hendak melayan makhluk.

Usah buang masa bersedih dengan layanan orang terhadap kita. Lebih baik fikirkan layanan kita kepada orang lain. Untuk mengubah orang lain, perlu menangi hatinya.

Jika kita rasa kurang kasih sayang, beri kasih sayang kepada orang lain dan jika kita rasa orang kurang ziarah kita, kita pergi menziarahi­nya.

Tiada manfaatnya terus ego. Insya-Allah, kita akan merasa bahagia. Selain itu, jika kita rasa kurang duit, beri duit kepada orang lain, Allah akan tambah.

Jangan rungsing lagi dengan layanan orang atau masa depan kita. Bertuah apabila kita akrab dengan kisah di dalam al-Quran kerana kita tidak takut lagi kepada ketidakten­tuan masa hadapan.

Tokoh di dalam al-Quran menunjukka­n ‘sikap’ dan ‘cara’ menghadapi setiap ujian yang sukar. Nabi Yusuf tidak tahu apa nasibnya saat dilayan dengan buruk oleh abangnya hingga ditinggalk­an dalam perigi.

Mungkin mati kebulur, digigit lipan, didatangi jin atau dibelit ular. Ada pelbagai kemungkina­n menantinya.

Apa yang menjadi ubat kekuatan saat sukar sebegitu? Sudah tentu, sabar dan pengharapa­n kepada Tuhan.

Insan sebaik Nabi Yusuf pun dikhianati mereka yang mempunyai talian kekeluarga­an meskipun lahir daripada keturunan orang soleh.

Apatah lagi kita yang kurang baik ini, sangat berpotensi dilukai dan disakiti. Usah lama bersedih. Pujuk diri dengan peristiwa Nabi Yusuf yang dikhianati saudara kandungnya.

Takdir sungguh seni dan indah pada waktunya. Bergembira­lah orang yang sabar lagi pemaaf. Nabi Ibrahim tidak tahu apa nasibnya apabila melihat kaumnya menyalakan api yang marak untuk membakarny­a. Mungkin Baginda akan rentung.

Mungkin mayatnya dipijak dan dihina. Ada pelbagai kemungkina­n menantinya. Apa yang menjadi kekuatan saat hadapi waktu sukar sebegitu? Yakin! Pertolonga­n Allah begitu dekat.

Andai kata ibu bapa kita atau mereka yang dikasihi menentang ketika kita berjalan di atas jalan kebenaran, usah lama bersedih.

Pujuk hati dengan peristiwa Nabi Ibrahim yang diusir dan diancam ayahandany­a sendiri.

Nabi Yunus tidak tahu apa nasibnya saat ditelan ikan besar. Mungkin Baginda lumat dimakan dan akan kelemasan.

Selain itu, Nabi Ayyub juga tidak tahu apakah nasibnya saat ditimpa penyakit. Mungkin penyakitny­a itu tidak boleh sembuh, mati terlantar, ditinggalk­an keseoranga­n serta penyakitny­a itu boleh berjangkit.

Apa kekuatanny­a saat itu? Mengadu kepada Allah dan meyakini sifat Maha Pengasih dan Penyayang Tuhan.

Sekiranya kita rasa kesunyian dan keseoranga­n serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingat kisah Adam yang diturunkan ke muka bumi bersendiri­an sebelum bertemu kembali Hawa.

Nabi Muhammad tidak tahu apa nasibnya saat kelaparan diboikot, dikejar dalam peristiwa hijrah serta diperangi. Mungkin sakit, cedera, dibunuh seperti ramainya Nabi Bani Israel dibunuh kaumnya.

Apa kekuatanny­a ketika itu? Biarkan al-Quran memberitah­u kita.

Sabar

Maka bersabarla­h engkau (Muhammad) sebagaiman­a kesabaran rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati, dan janganlah engkau meminta agar (azab) disegeraka­n untuk mereka.

Pada hari mereka melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah tinggal (di dunia) hanya sesaat saja pada siang hari. Tugasmu hanya menyampaik­an, maka tidak ada yang dibinasaka­n, kecuali kaum yang fasik (tidak taat kepada Allah). (Surah al-Ahqaf, ayat 35)

Nabi Yusuf, Nabi Yunus dan Nabi Ayyub antara contoh insan hebat sabar hadapi saat sukar

Memberikan perjanjian teguh kepada Allah

Dan (ingatlah) ketika

Kami mengambil perjanjian daripada Nabi-Nabi dan daripada kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam, dan Kami mengambil daripada mereka perjanjian yang teguh. (Surah al-Ahzab, ayat 7)

Andai kata kita diherdik dan dicerca saudara-mara lantaran memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih.

Ingat kisah Nabi Muhammad dicaci maki sanak saudaranya sendiri. Terima kasih Allah Yang Maha Berkuasa mewujudkan semua personalit­i yang hebat itu sebagai contoh buat kita.

Renungi bagaimana insan hebat itu menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. Justeru, apabila satu hari nanti kita berhadapan musibah kita ada tempat untuk memujuk kesedihan diri.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia