Harian Metro

Berpuasa patah nafsu syahwat

- Puasa Ramadan

Apakah ada perbezaan pahala puasa Ramadan antara 29 hari dan 30 hari (genap)?

Kalau dilihat dari segi namanya iaitu puasa Ramadan, maka pahala yang dijanjikan adalah sama, tetapi bagi yang berpuasa 30 hari tentu ada kelebihann­ya iaitu dari segi bilangan sahur dan berbuka, tarawih dan tentu lebih juga dari segi fadilatnya.

Rasulullah berpuasa selama sembilan tahun tidak ada yang genap (30 hari) kecuali dua tahun mengikut qaul yang muktamad.

Mengikut pendapat Syeikh Ajhuri al-Maliki, lima tahun Baginda berpuasa genap dan empat tahun hanya 29 hari.

Mengikut pendapat al-Haitami pula, Baginda hanya berpuasa genap setahun manakala baki yang lainnya semuanya kurang.

Berkata Syeikh Dumairi, hanya dua tahun yang genap, manakala yang lain semuanya kurang, supaya tenang hati umatnya yang berpuasa 29 hari.

Sebelum puasa Ramadan diwajibkan, adakah Baginda Rasulullah berpuasa atau tidak?

Sebelum diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan, Baginda berpuasa ‘ayyamul bidh’ iaitu puasa pada hari-hari putih (iaitu tanggal 13, 14 dan 15 tiap-tiap bulan Islam).

Ada pendapat lain mengatakan Baginda berpuasa pada hari Asyura (iaitu 10 Muharram). Bagaimanap­un, semua puasa itu dimansuhka­n dengan kewajipan puasa

pada Ramadan.

Apa hukum jika seseorang yang tinggal di satu tempat atau negeri yang kelihatan anak bulan, ia musafir ke satu tempat (negeri) yang jauh dari tempatnya dan berlainan zon (sedangkan di negeri itu tidak kelihatan anak bulan)?

Adakah ia diwajibkan supaya memulakan puasa dan mengakhiri puasa mengikut tempat yang dia pergi itu atau tidak? Bagaimanak­ah pula sekiranya dia sudah pun berhari raya dan musafir ke negeri yang masih berpuasa?

Wajib ia memulakan puasa dan mengakhiri puasanya mengikut tempat di mana dia berada. Tetapi sekiranya dia sudah berhari raya, dan musafir ke negeri yang dia dapati tempat itu masih berpuasa, maka dia diwajibkan supaya menahan makan dan minumnya (walaupun dia tidak berpuasa kerana menghormat­i bulan Ramadan di tempat itu).

Apa hukum seorang yang baru berpuasa 28 hari, musafir ke satu negeri yang jauh dari negerinya dan mendapati penduduk di negeri itu sudah pun menyambut hari raya dan difahamkan bahawa mereka hanya berpuasa 29 hari.

Persoalann­ya, adakah dia diwajibkan qada satu hari atau dua hari?

Dia diwajibkan qada satu hari sahaja kerana bulan Ramadan tidak ada 28 hari tetapi jika dia berpuasa 29 hari maka tidak perlu dia mengqada puasanya.

Adakah diwajibkan niat berpuasa pada setiap malam atau hanya memadai berniat sekali pada malam pertama awal bulan yang dia hendak berpuasa sepanjang Ramadan?

Mengikut Mazhab Syafi’i, Hanbali dan Hanafi, wajib berniat pada setiap malam, tetapi jika sekiranya dia berniat untuk berpuasa sebulan pada Ramadan, maka memadai pada pertamanya sahaja tetapi disunatkan supaya berniat pada setiap malam.

Ditakdirka­n jika seseorang terlupa berniat pada satu malam, boleh ditaklidka­n kepada Mazhab Maliki yang mengatakan memadai sekali sahaja niat itu pada malam pertamanya.

Hal itu sama seperti disunatkan berniat pada waktu siang jika terlupa berniat pada waktu malam dengan bertaklidk­an kepada Mazhab Imam Abu Hanifah yang mengatakan sah niat pada siang hari.

Bagaimanap­un, wajib berniat pada setiap malam (mengikut Mazhab Syafi’i) kerana ia ibadat berasingan yang memerlukan niat pada setiap malam untuk berpuasa pada hari berlainan.

Maksud dan tujuan sebenarnya adalah menahan diri dan mematahkan nafsu syahwat, maka sebab itu dihubungka­n dengan perbuatan.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il, oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia