Harian Metro

PERGI BERDEBAR BALIK BERPINAR

- Hazizun Ibrahim am@hmetro.com.my

Kesempatan ditawarkan tempat menyertai rakan mencandat sotong di perairan Pulau Kapas, Terengganu menarik minat saya untuk turut sama walaupun dalam hati berdebar-debar kerana ini kali pertama ke laut menaiki bot nelayan, baru-baru ini.

Pada setiap April, Mei dan Jun, ia bulan sotong membiak dan ketika bulan itu, perairan Terengganu bermula dari Kemaman hingga ke Besut dipenuhi cahaya lampu kalimantan­g daripada bot nelayan untuk mencandat.

Jenis sotong paling biasa ditemui pada musim mencandat ialah sotong torak, jarum dan mengabang.

Jika bernasib baik dan laut agak tenang, pasti kotak ais yang dibawa dipenuhi sotong segar hanya dalam tempoh beberapa jam.

Perjalanan saya menaiki bas dari KL Sentral bermula jam 5 petang dan tiba di lokasi penginapan di Kuala Terengganu, kira-kira jam 3 pagi. Selepas berbual kosong dengan rakan lain, saya meminta diri untuk tidur.

Tepat jam 4 petang, saya dan rakan menaiki bas ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang untuk memulakan cabaran mencandat sotong. Sebanyak dua bot nelayan ditempah kelab kami iaitu Kelab MIDA.

Sebelum melangkah ke bot, kakitangan LKIM menerangka­n serba sedikit mengenai keadaan laut dan cara untuk mencandat sotong.

Sebaik doa dibaca sebagai tanda memohon agar keselamata­n terpelihar­a sepankan jang menjalanka­n program, candat yang digunakan juga sudah tersedia di dalam bot.

Melihat candat digunakan seperti bentuk udang, saya termenung seketika, menyedari saya agak keliru, tekong memberi penerangan mengenai cara menggunaka­n candat berkenaan yang juga dipanggil

Ada juga candat umpan, tetapi ia jarang digunakan untuk mereka yang baru belajar mencandat.

Perjalanan hampir 30 minit ke sekitar perairan Pulau Kapas dianggap terlalu lama sedangkan ketika itu semangat sudah membuak-buak untuk mencuba

Ketika itu, masing-masing mengambil posisi bersama candat dibekalkan.

Bermula cabaran, hiruk-pikuk mula kedengaran apabila sotong pertama dinaikkan. Mulanya rakan yang lain dan saya mencuba untuk turut menaikkan sotong. Sejam awal menjelang senja, banyak juga sotong yang dinaikkan.

Namun, sebaik senja berlabuh dan persekitar­an mulai gelap, lampu dipasang bagi menarik perhatian sotong muncul di permukaan. Jam di tangan menunjukka­n 9 malam, sotong makin berkuranga­n dan ada dalam kalangan kami mula terbaring kerana mabuk laut.

Pelbagai ragam diperhatim­egang

ketika mabuk laut, ada yang terbaring sambil memabuk candat, ada juga yang sudah tidak peduli lagi mencandat, malah merayu rakan lain untuk pulang ke jeti.

Saya cuba bertahan, namun tewas, lima kali saya muntah. Jaket keselamata­n dipakai ditanggalk­an dan dijadikan alas kepala.

Kepala berputar-putar dan pening, tekak mual, terasa serik dan tidak mahu pergi mencandat walaupun ditawarkan wang yang banyak.

Dalam hati hanya terfikir untuk pulang ke jeti, lantaklah sotong. Kerana sotong aku jadi begini. Memang berasa marah dan geram, tetapi apabila fikir kembali, siapa yang suruh pergi mencandat, banyak kali dinasihatk­an rakan, kalau tidak tahan

Pengalaman mencandat sotong menyeronok­kan walaupun mabuk laut

laut, baik lupakan hasrat mencandat.

Akhirnya, selepas ramai ‘tewas’, tekong bersetuju membawa kami ke jeti.

Tiba di jeti, kami pulang ke bilik penginapan untuk berehat.

Keesokanny­a, kepala saya masih lagi berasa pening, agaknya mabuk darat pulak kot. Sebaik sotong yang dicandat dibahagika­n, kami semua bertolak pulang ke ibu kota.

Pengalaman mencandat akan terus tersemat di sanubari, walaupun berasa serik akibat mabuk laut, namun keseronokk­annya tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata terutama apabila sotong yang dicandat mengeluark­an dakwat apabila dipegang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia