Harian Metro

KENA TAMPAR

- Siti Sofia Md Nasir dan Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

 Perhimpuna­n aman depan

masjid bertukar kecoh

Himpunan aman bagi membantah campur tangan kerajaan negeri dalam isu fatwa yang diadakan di Masjid Simpang Enam, di sini, semalam, kecoh apabila Pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri, Zaidi Ahmad ditampar peserta himpunan.

Terdahulu, Zaidi yang hadir berseorang­an bertikam lidah dengan Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang ketika itu sedang menyampaik­an ucapan di khalayak ramai.

Zaidi dilihat menghampir­i Mohamed Hafiz sambil mempertika­ikan kesahihan ucapannya dan dia kemudian dihalang beberapa peserta himpunan sebelum ditampar seorang daripada peserta yang berang.

Bagaimanap­un, situasi berjaya dikawal anggota polis Cawangan Khas (SB) dengan bantuan orang ramai yang berada di lokasi.

Bantahan yang diadakan selepas solat Jumaat itu dianjurkan JMPP bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan disertai lebih 20 peserta termasuk ahli PAS Pulau Pinang.

Sementara itu, Mohamed Hafiz berkata, beliau terkejut dengan tindakan Zaidi dan tidak menolak kemungkina­n untuk membuat laporan polis.

“Kami datang ke sini hanya untuk melakukan bantahan aman, tetapi tidak sangka pula akan jadi begini.

“Himpunan ini adalah sebagai simbolik bahawa kami mengecam seke- ras-kerasnya tindakan biadap kerajaan DAP Pulau Pinang yang cuba masuk campur hal ehwal agama Islam,” katanya.

Zaidi dilantik sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri pada Mac tahun lalu sebelum menyertai DAP secara rasmi pada April tahun sama.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Masjid Simpang Enam Datuk Rafique Karim berkata, sebarang demonstras­i tidak dibenarkan sama sekali dibuat dalam masjid dan kejadian itu berlaku di luar rumah ibadat berkenaan.

“Kejadian itu berlaku di luar dan ia bukan tanggungja­wab jawatankua­sa masjid, sebaliknya kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

 ??  ?? KEKECOHAN depan masjid yang berakhir dengan insiden tampar.
KEKECOHAN depan masjid yang berakhir dengan insiden tampar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia