Harian Metro

PBT PERLU TEGAS!

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Polis mohon kerjasama tangani premis hiburan keluarga salah guna lesen

Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara disyorkan menghentik­an serta-merta kelulusan lesen pusat hiburan keluarga.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah itu perlu kerana terlalu banyak kes salah guna lesen bagi tujuan perjudian.

“Mengapa perlu ada pusat hiburan keluarga besar dan di dalamnya ada mesin (judi), kemudian disalah guna bagi tujuan perjudian,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai Kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, semalam.

Menurutnya, pertemuan dengan pegawai berpangkat Inspektor ke atas itu bertujuan mendengar keluhan selain memberi semangat kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di IPK Melaka.

Ia susulan penahanan pegawai kanan dan anggota IPK Melaka oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Khalid berkata, tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada polis dalam isu pencegahan judi, sedangkan PBT sendiri mengeluark­an lesen dan mempunyai peruntukan undang-undang bagi membendung aktiviti itu.

“Ada pelbagai peruntukan mengikut kuasa PBT termasuk menyita premis dan sebagainya.

“Tapi, yang berlaku sekarang premis hiburan keluarga menyalahgu­na lesen.

“Mereka (PBT) masih beri masa tiga bulan, enam bulan mahu pun hingga hujung tahun, jadi masalah ini berterusan,” katanya.

Ditanya sama ada PBT terbabit melindungi premis judi di kawasan pentadbira­n mereka, Khalid berkata, PDRM sekadar mahu pihak berkuasa berkenaan mengambil tanggungja­wab bersama menangani masalah perjudian.

“Saya tidak cakap PBT terbabit, tapi kenapa tindakan ditangguhk­an lalu memberi keuntungan berterusan kepada mereka yang jalankan perniagaan.

“Kami juga tidak dirujuk untuk memberi pendapat sebelum PBT mengeluark­an lesen hiburan. Bagi PDRM, kami tidak bersetuju langsung lesen hiburan dikeluarka­n.

“Saya akan tulis sendiri surat kepada PBT dan kerajaan negeri berkaitan hal ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pegawai kanan dan anggota dari IPK Melaka yang tamat reman SPRM semalam, beliau berkata, arahan akan dikeluarka­n sama ada mereka terus bertugas di tempat baru atau diberi cuti.

“Kalau tidak perlu cuti, mereka hendaklah segera lapor diri ke tempat baru yang ditetapkan dalam pertukaran kerana arahan pertukaran sudah dikeluarka­n.

“Dua ketua polis daerah yang baru di Melaka mula bertugas minggu hadapan,” katanya.

Beliau mengakui berminat mendapatka­n laporan siasatan SPRM, sekiranya benar seorang daripada suspek ditahan adalah ketua kongsi gelap dan akan menjalanka­n siasatan di peringkat PDRM

pula.

 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia