Harian Metro

DARI LAHAD DATU KE UKM

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Pelajar cemerlang SPM tanam impian ke menara gading

walaupun dihantui penceroboh­an pengganas

“Saya tidak pernah takut akan serangan atau penceroboh­an. Apa yang penting saya dapat menimba ilmu,” itu kata Gan Min Hong, 18, pelajar baru program Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bersekolah berdekatan kawasan penceroboh­an di Lahad Datu, sebelum ini.

Gan yang memperoleh keputusan 11A dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, tidak patah semangat untuk menimba ilmu meskipun sekolahnya beberapa kali mengisytih­arkan cuti demi keselamata­n pelajar.

Dia berkata, ancaman pengganas di Lahad Datu tidak menghalang­nya untuk memberi tumpuan dalam pelajaran di sekolah dan di rumah, selain menyimpan hasrat untuk melanjutka­n pelajaran dalam program asasi.

“Usaha saya berbaloi selepas memperoleh keputusan cemerlang dan terpilih untuk mengikuti program Asasi Pintar di UKM namun rasa gementar itu tetap ada kerana pelajar yang terpilih bukan calang-calang.

“Saya tetap buat yang ter- baik dan mahu mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor gigi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ikrar Pelajar Asasi Pintar UKM Sesi 2017/18 di Pusat PERMATApin­tar Negara, UKM, di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 190 pelajar baru diterima masuk ke program itu yang juga kelompok ketujuh sejak program itu diperkenal­kan pada 2010.

Pelajar paling muda, Nor Umairah Mohd Noor, 16, berkata, kejayaanny­a terpilih untuk mengikuti program asasi di UKM dianggap sebagai balasan kepada pengorbana­n ibu bapanya yang sentiasa memastikan dia mendapat pendidikan yang secukupnya.

“Bapa saya seorang bekas nelayan berusia 73 tahun dan saya anak bongsu daripada keluarga sederhana. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh menjadi orang yang berjaya untuk membalas jasa ibu bapa saya.

“Saya adalah harapan keluarga dan saya akan buat yang terbaik ketika mengikuti program ini,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang peguam syariah.

 ?? FOTO: ABD RAAI OSMAN ?? PELAJAR baru program Asasi Pintar UKM Sesi 2017/2018 membaca ikrar di Pusat PERMATApin­tar Negara, UKM, semalam.
FOTO: ABD RAAI OSMAN PELAJAR baru program Asasi Pintar UKM Sesi 2017/2018 membaca ikrar di Pusat PERMATApin­tar Negara, UKM, semalam.
 ??  ?? GAN
GAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia