Harian Metro

130 SAJIAN UNTUK DIRASAI

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Alami pengalaman berbuka puasa sukar dilupakan di Seasons Coffee House dan Grand Ballroom

Sempena Ramadan ini, nikmati keenakan rasa makanan berwarna-warni daripada pelbagai budaya negara ini di Seasons Coffee House dan Grand Ballroom, Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.

Dengan lebih 130 hidangan daripada pembuka selera sehingga pencuci mulut, anda pasti tersenyum menikmati bersama keluarga dan rakan tersayang.

Diketuai Chef Dapur Melayu, Fauzi Mokhtar, hidangan menarik antaranya nasi ambang, sup gearbox, nasi kandar, ayam percik, daging batang pinang bercili hijau Padang, rendang tok, kuzi kambing ala Johor, ikan bakar, ikan masak lemak tempoyak, kari kepala ikan dan udang

Pembuka selera seperti popia ayam eksotik Thai, salad udang madu, pilihan sushi dan maki, pasembur dan aneka ulam-ulaman tradisiona­l serta kerabu.

“Kita pelbagaika­n makanan dari seluruh negara kerana kebanyakan menu ini mempunyai persamaan di beberapa negeri, tetapi cara memasak dan bahan-bahan saja berlainan.

“Pengunjung boleh menikmati nasi ambang dengan pelbagai jenis lauk mengikut kesukaan mereka,” katanya.

Hidangan khas termasuk ikan tiga rasa, kepah tumis ala kam heong dan pasta aglio olio.

Jangan lupa mencuba bubur lambuk selain aneka laksa utara, laksa Johor dan Assam laksa Penang.

Rasai juga asli ayam golek berempah panggang, mi rebus, dim sum, nasi ayam, murtabak, otak-otak, tebu segar, ketam goreng dengan pelbagai sos, daging batang pinang szechuan panggang dan sate ayam.

Sebagai kenangan untuk pelanggan, pencuci mulut disediakan, antaranya mousses ala Barat, jeli, tart, kek dan crumble, crème caramel, puding coklat panas, puding roti dan sago gula Melaka.

Hubungi 03-26978888 sambungan 8819/8801 atau e-mel ke fb@grandseaso­ns.com untuk tempahan.

 ??  ?? JUADAH memikat selera sesuai dinikmati bersama keluarga dan kenalan.
JUADAH memikat selera sesuai dinikmati bersama keluarga dan kenalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia