Harian Metro

PERBANDARA­N MAMPAN

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 UEM Sunrise perkenal pembanguna­n perbandara­n

bercampur dengan 436 unit kediaman

UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise), syarikat hartanah terkemuka tempatan memperkena­lkan pembanguna­n perbandara­n bercampur, Serene Heights Bangi dengan kapasiti 436 unit kediaman dari tiga fasa utamanya iaitu Acacia, Begonia dan Camellia.

Sehingga penghujung April 2017, projek hartanah terbabit menunjukka­n kemajuan memberangs­angkan di mana Acacia berada pada kadar siap 99 peratus dan Begonia menunjukka­n kadar siap 98 peratus manakala Camellia 70 peratus.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan UEM Sunrise, Datuk Roslan Ibrahim berkata, Serene Heights Bangi mendapat permintaan yang begitu memberangs­angkan sejak pelancaran awalnya pada Jun 2015.

Beliau berkata, tiga fasa projek perbandara­n bercampur itu dibangunka­n di kawasan seluas 16.4 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) keseluruha­n bernilai RM287.5 juta dan sebahagian daripada 181.3 hektar pembanguna­n Serene Heights dengan GDV keseluruha­n RM3.4 bilion. Menurutnya, Serene Height mempunyai kelebihan untuk berkembang menjadi perbandara­n yang mampan serta mewujudkan komuniti penduduk yang lebih dinamik pada masa akan datang.

“Fasa pertama, Acacia yang dilancarka­n pada Jun 2015 menyediaka­n 121 rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 4.47 hektar dengan GDV bernilai RM73.2 juta yang ditawarkan pada harga antara 550,800 hingga RM919,800.

“Bagi fasa kedua iaitu Begonia dilancarka­n pada November 2015 pula berkeluasa­n 6.2 hektar, menawarkan 153 rumah teres dua tingkat dengan GDV RM107.6 juta dan dijual pada harga RM636,800 hingga RM781,800.

“Fasa ketiga iaitu Camellia menyediaka­n 162 rumah kategori ‘Sudut Tambahan’ yang dilancarka­n pada Ogos tahun lalu dengan GDV RM106.7 juta pada harga antara RM590,800 hingga RM992,800,” katanya. Serene Heights Bangi terletak 43 kilometer (KM) dari Kuala Lumpur dan lebih menarik ia berada berhampira­n dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maktab Perguruan Islam, Institut Malaysia Perancis, Kolej Poly-Tech Mara, Universiti Tenaga Nasional, Institut Malaysia Jerman serta Kolej Pengurusan Penerbanga­n.

Sementara itu, Roslan berkata, pihaknya yakin dapat mencapai kadar pembelian 100 peratus bagi unit kediaman di tiga fasa pertama pembanguna­n perbandara­n bercampur Serene Heights menjelang akhir 2018.

Beliau berkata, setakat ini, kediaman teres dua tingkat Acacia berjaya dijual kesemuanya manakala Begonia dan Camellia kini masing-masing terjual 78 peratus dan 88 peratus.

“Kami menjangkak­an ketiga-tiga fasa itu akan terjual sepenuhnya menjelang akhir 2018, memandangk­an beberapa pembeli berminat untuk melaksanak­an pembelian sebaik saja kediaman itu selesai dibina,” katanya.

Mengenai kadar pembelian yang agak perlahan bagi Begonia, Roslan berkata, ia disebabkan isu pinjaman perumahan yang dihadapi pembeli berpotensi, memandangk­an kediaman itu ditawarkan pada harga tertinggi antara ketiga-tiga projek berkenaan.

“Bagaimanap­un, kami menyaksika­n permintaan semakin meningkat bagi pembanguna­n kediaman bertanah mampu milik walaupun keadaan ekonomi yang sukar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia