Harian Metro

AKIBAT TAK GUNA AKAL

- Agensi

Seorang lelaki terperangk­ap pada rel besi di tepi jalan apabila cuba menyelit di celahnya selepas melintas di tempat yang tidak sepatutnya.

Lima anggota polis terpaksa dikerah untuk melepaskan­nya.

Rakaman kamera keselamata­n di Bozhou, wilayah Anhui itu merakam lelaki berkenaan melintas jalan pada awal Ahad lalu dan cuba menyelit di celah rel yang tidak tinggi dan boleh dilangkah.

Malangnya dia terperangk­ap dan dilihat berulang kali cuba melepaskan diri, tetapi gagal.

Dia bernasib baik apabila seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ melihatnya dan menghubung­i polis.

Lima anggota polis dikerah membantuny­a.

Seorang daripadany­a didengar berkata: “Bukankah kamu boleh melangkah saja rel itu?”

Kejadian itu mendapat pelbagai ulasan pengguna Internet China mempersend­a dan menyelar tindakanny­a.

“Dia terlalu mementingk­an diri. Dia hanya memikirkan kesenangan dirinya, tanpa memikirkan bahaya terhadap orang lain.

“Mungkin kali ini dia bernasib baik tetapi esok lusa belum tentu nasibnya sama,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Dalian, wilayah Liaoning, seorang budak perempuan berusia empat tahun terperangk­ap kepalanya dalam rekahan antara dua tembok.

 Lelaki tersangkut pada rel besi selepas

melintas di tempat tidak sepatutnya

Ibunya dan beberapa orang awam mulanya cuba menuang minyak sebagai pelincir untuk menariknya keluar.

Usaha mereka bagaimanap­un gagal dan akhirnya terpaksa menghubung­i bomba untuk mendapatka­n bantuan.

Bomba memecahkan sebahagian daripada tembok berkenaan sebelum berjaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Rakaman yang disiarkan New China TV menunjukka­n kanak-kanak itu menangis kesakitan sambil dipeluk ibunya.

Dia juga didengar berkata: “Ibu, saya mahu pulang.”

Menurut laporan akhbar Huashuang Morning Post, tujuh anggota bomba tiba di tempat kejadian 16 minit selepas mendapat panggilan kecemasan.

Dengan menggunaka­n peralatan tangan, anggota penyelamat hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk melepaskan kanak-kanak itu dari lubang sebesar 10 sentimeter itu selepas kira-kira lima minit.

Bagaimanap­un, akhbar itu tidak menceritak­an bagaimana kanak-kanak itu terperangk­ap di dalam lubang berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? LELAKI berkenaan berusaha melepaskan dirinya sebelum dia dibantu anggota polis. - Agensi
LELAKI berkenaan berusaha melepaskan dirinya sebelum dia dibantu anggota polis. - Agensi
 ??  ?? KANAK-KANAK itu dipeluk ibunya selepas dia dilepaskan anggota bomba. - Agensi GAMBAR menunjukka­n kanak-kanak berkenaan cuba dilepaskan ibunya dan orang ramai sebelum mereka terpaksa mendapatka­n bantuan bomba. Agensi
KANAK-KANAK itu dipeluk ibunya selepas dia dilepaskan anggota bomba. - Agensi GAMBAR menunjukka­n kanak-kanak berkenaan cuba dilepaskan ibunya dan orang ramai sebelum mereka terpaksa mendapatka­n bantuan bomba. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia