Harian Metro

3 DITANGKAP

 Disyaki terbabit dalam pengeboman berkembar di sebuah terminal bas

- Agensi

Polis Indonesia semalam menangkap tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam pengeboman berkembar di sebuah terminal bas di bandar raya ini Rabu lalu hingga menyebabka­n tiga anggota polis terbunuh dan 12 yang lain cedera.

Kumpulan Daish mengaku bertanggun­gjawab terhadap serangan itu menerusi agensi beritanya, Amaq. Ia serangan pengganas paling buruk di Indonesia sejak Januari 2016 apabila lapan orang terbunuh, empat daripadany­a penyerang.

Dua suspek kejadian Rabu lalu itu ditahan di Bandung sementara suspek ketiga ditangkap di Cimahi.

Ketua polis tempatan, Yusri Yunus berkata, rumah dua suspek terbabit terletak tidak berjauhan antara satu sama lain dan polis merampas beberapa kitab, telefon dan barangan lain selepas menyerbu rumah itu.

Yusri tidak mendedahka­n bagaimana lelaki itu yang ditangkap petang kelmarin disyaki terbabit dalam serangan itu.

Dia hanya berkata, pihak berkuasa menerima kenyataan daripada saksi yang membawa polis menangkap tiga suspek itu.

Polis sebelum ini berkata, mereka percaya Daish ada hubungan dengan serangan berkenaan tetapi tidak memberi butir lanjut.

Pengebom berkenaan sudah pun dikenal pasti.

Menurut polis, kedua-dua penyerang itu berusia 30 tahun dan berasal dari Bandung.

Bom yang digunakan dalam serangan itu dibuat daripada periuk tekanan tinggi, sama dengan yang digunakan dalam serangan oleh anggota Jemaah Ansharut Daulah (JAD) di Bandung Februari lalu.

Dalam serangan itu, polis menembak mati penyerang terbabit.

JAD disenaraik­an sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat pada Januari lalu dan ia dipercayai menaungi kira-kira 20 kumpulan ekstremis lain.

 ??  ?? POLIS memeriksa sebuah rumah selepas melakukan serbuan di Bandung, semalam. - AP
POLIS memeriksa sebuah rumah selepas melakukan serbuan di Bandung, semalam. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia