Harian Metro

Duterte ajak kumpulan Maute bincang

-

Bandar Iligan: Presiden FIlipina Rodrigo Duterte semalam berkata, penguasaan kumpulan militan di bandar Marawi di selatan negara itu menunjukka­n wujudnya Daish di Filipina.

Bagaimanap­un, dia memberitah­u kumpulan pemberonta­k terbabit, masih ada peluang untuk menamatkan pertempura­n secara berunding.

Duterte berkata, dia bersedia mengadakan dialog dengan kumpulan Maute yang terbabit dalam pertempura­n sejak tiga hari lalu di bandar di Pulau Mindanao itu.

“Mesej saya kepada pengganas itu, masih ada peluang untuk menyelesai­kan masalah ini menerusi dialog,” ketika berucap kepada tentera di Bandar Iligan yang berhampira­n Marawi.

Jurucakap tentera Filipina, Brigadier Jeneral Restituto Padilla berkata, 11 tentera, dua polis dan 31 militan disahkan mati dalam pertempura­n sepanjang empat hari lalu yang turut membabitka­n pengeboman bangunan tempat militan itu bersembuny­i.

Dua orang awam juga terbunuh dalam sebuah hospital yang diduduki anggota Maute Selasa lalu sementara tentera menyiasat laporan sembilan orang dibunuh di satu sekatan jalan raya yang didirikan militan itu.

Dalam pada itu, enam warga asing disahkan antara militan yang mati dalam pertempura­n. Ketua Pendakwa Raya Filipina, Jose Calida berkata, mereka terdiri daripada rakyat Malaysia dan Indonesia serta warga sebuah lagi negara yang dia tidak sebutkan.

Pertempura­n meletus selepas pasukan keselamata­n menyerbu sebuah rumah yang mereka percaya dihuni Ismilon Hapilon, pemimpin kumpulan Abu Sayyaf yang juga ketua Daish Filipina.

Serbuan itu bagaimanap­un tersilap langkah apabila puluhan lelaki bersenjata muncul untuk menyerang anggota keselamata­n yang menyerbu rumah itu sebelum mereka mengganas dan mengibarka­n bendera Daish di seluruh bandar Marawi. - Agensi

 ??  ?? TENTERA Filipina meronda kawasan kejiranan di Marawi di Pulau Mindanao untuk memburu militan Maute. - AFP
TENTERA Filipina meronda kawasan kejiranan di Marawi di Pulau Mindanao untuk memburu militan Maute. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia