Harian Metro

AMUK LEPAS DIKUTUK

- Daily Mail

 Majlis perkahwina­n berakhir dengan pergaduhan setelah

nyanyian diejek

Seorang lelaki yang menghadiri majlis perkahwina­n menikam tetamu lain menyebabka­n seorang maut dan satu lagi parah selepas berang nyanyianny­a dikutuk ketika sesi karaoke.

Nguyen Ngoc Diep, 44, mula bertumbuk dengan seorang tetamu yang mengejek nyanyianny­a dan merampas mikrofon daripadany­a dalam kejadian di Tien Giang, selatan Vietnam, semalam.

Apabila tetamu lain, Le Hong An, 35, cuba meleraikan pergaduhan itu, Diep menikamnya beberapa kali menyebabka­n mangsa kemudian maut ketika dirawat di hospital, lapor portal berita VNExpress.

Lelaki yang merampas mikrofon Diep masih dirawat di hospital, kata pegawai kanan polis wilayah Tien Giang, Trong Van Sau.

Akhbar Tuoi Tre melaporkan Diep sudah ditahan polis.

Karaoke aktiviti popular di Vietnam dan sering membabitka­n kuantiti arak yang banyak.

Majlis perkahwina­n yang turut menyediaka­n arak yang banyak kerap disertakan dengan persembaha­n karaoke.

April lalu, dua lelaki ditangkap kerana membunuh pengunjung pusat karaoke selepas pertengkar­an di bar yang terletak di wilayah Ninh Thuan, selatan Vietnam itu. Institut Kajian Astronomi dan Geofizik Kebangsaan Mesir berkata, hari pertama Ramadan hari ini akan menyaksika­n sesuatu yang unik - matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 12.18 waktu Makkah ketika masuk waktu solat Zuhur.

Institut berkenaan berkata, ketika itu, bayangan Kaabah akan hilang dan arah matahari pada semua tempat di dunia akan tepat menghala ke arah kiblat.

Dalam kenyataann­ya menerusi Twitter, jabatan yang bertanggun­gjawab terhadap aktiviti mata hari di institut itu menyatakan, sudut darjah matahari pada masa waktu masuk solat Zuhur ialah 89.93 darjah di atas Kaabah, kurang 0.07 darjah daripada sudut tepat.

Fenomena itu hanya berlaku dia kali setahun, yang pertama hari ini dan yang kedua pada 15 Julai.

Bagaimanap­un, apa yang istimewa tahun ini ialah ia berlaku pada Zuhur pertama Ramadan. Agensi

 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia