Harian Metro

Pengebom sempat telefon ibu mohon maaf

-

Manchester: Pengebom berani mati, Salman Adebi dilapor menelefon ibunya, ahli saintis nuklear di Libya untuk meminta maaf, kira-kira 15 minit sebelum dia meletupkan dirinya di Manchester Arena awal Selasa lalu yang menyebabka­n 22 orang terbunuh.

Sumber keselamata­n Libya mendedahka­n Salman menelefon adiknya, Hashem di Tripoli, meminta dia menghubung­i ibu mereka, Samia Tabbal, 50, supaya menelefonn­ya.

Butir mengenai rayuannya memohon maaf timbul selepas Samia disoal siasat oleh polis di Tripoli.

Sumber berita di Amerika Syarikat memetik pegawai perisikan Libya sebagai berkata, Samia pernah bimbang Salman berubah menjadi radikal dan dia dikatakan sudah memaklumka­nnya kepada pihak berkuasa.

Dia dikatakan memujuk Salman untuk kembali ke Libya bagi membolehka­n pasportnya dirampas.

Tetapi pemuda berusia 22 tahun itu memberitah­u ibu bapanya, dia sudah membuat persiapan untuk menunaikan umrah.

Dilaporkan, dia sebenarnya kembali ke Britain menerusi Jerman dari Turki empat hari sebelum melakukan serangan itu.

Seramai 10 orang ditahan di Britain dan Libya berkait dengan serangan bunuh diri itu.

Seorang remaja belasan tahun dan seorang wanita yang ditahan oleh polis Britain bagaimanap­un dibebaskan tanpa dituduh, menjadikan jumlah yang masih ditahan di Britain lapan orang.

Di Libya, bapa Salman, Ramadan dan adiknya masih ditahan.

Kelmarin, sumber siasatan di Tripoli berkata, Salman dipercayai melakukan serangan itu kerana dendam terhadap kematian kanak-kanak di Syria akibat serangan udara tentera Amerika Syarikat.

Sumber lain pula menyatakan, dia bertindak demikian kerana membalas dendam terhadap kematian rakannya yang dibunuh di Manchester tahun lalu. Agensi

 ??  ?? SALMAN
SALMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia