Harian Metro

LAYAN SELERA KAMPUNG

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Bertemakan Kampung Dalam Bandar, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menyajikan pelbagai juadah klasik kampung seperti nasi kerabu tulang rusuk kerutup bakar, jantung pisang tumis pedas ikan tamban, gulai ayam kampung bersama betik manis dan nasi daging air asam utara.

Pengurus Besar KLCC Alan Pryor berkata, pihaknya berhasrat memberikan pengalaman berbuka puasa yang unik dan lengkap di lokasi ikonik paling menarik di Kuala Lumpur.

“Kami menawarkan perkhidmat­an bertaraf dunia dan sajian makanan bertaraf lima bintang.

“Untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan, harga bufet 2015 dikekalkan untuk tawaran berbuka puasa tahun ini,” katanya.

Menurut Cef Eksekutifn­ya Hisham Jaafar, untuk menghayati selera kampung sebenar Ramadan tahun ini, pasukan kulinariny­a menerapkan cita rasa masakan tradisiona­l mereka dalam setiap sajian.

Selain aneka sajian klasik kampung, menu buka puasa untuk korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontempora­ri serta antarabang­sa. Ini termasuk pita kebab Arab daging cincang, ikan panggang tikka dan kambing salai hickory mediterran­ean yang dihidangka­n dengan sos lada hitam serta pudina.

“Pelanggan juga boleh menikmati makanan dari stesen aksi cef yang menyediaka­n masakan kegemaran tempatan seperti kuetiau goreng Pulau Pinang dan nasi ayam Hainan.

“Selain itu, pelanggan boleh menikmati sate ayam, sate daging, bubur lambuk dan sajian istimewa hari raya, rendang tok lengkap dengan nasi impit, ketupat serta lemang,” katanya.

Buka puasa juga tidak lengkap tanpa stesen goreng-gorengan, yang menyediaka­n jemput-jemput manis, cempedak goreng, sukun goreng dan keropok lekor.

Mereka yang gemar manisan boleh memesan air batu campur (ABC) dan pelbagai tambahan serta

KLCC saji pelbagai menu berbuka di lokasi ikonik

aiskrim dari stesen atau menikmati kelazatan bandung crèmeux, kek keju mangga berempah, pisang sira haruman cengkih, kuih-muih tempatan, buah-buahan segar dan banyak lagi.

Jamuan buka puasa korporat KLCC untuk 100 individu atau lebih boleh didapati setiap hari sepanjang Ramadan pada harga RM115 bersih seorang dan ke atas.

Tawaran buka puasa bagi orang ramai juga berharga RM115 bersih seorang dan boleh didapati untuk tempahan dari 5 hingga 20 Jun 2017.

Sebarang tempahan majlis korporat, hubungi Abby di talian 03-23332866 atau June, 03-23332877.

Layari laman web www.klccconven­tioncentre.com untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia