Harian Metro

DIPLOMA SENI KULINARI

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Program direka khusus MSU College lengkapkan pelajar dengan kemahiran profesiona­l

Kerjaya dalam bidang kulinari kini semakin diiktiraf dan dilabel sebagai kerjaya profesiona­l yang memerlukan kreativiti serta komitmen tinggi.

Apatah lagi, industri hospitalit­i dan pelanconga­n terus mengalami perkembang­an memberangs­angkan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuha­n sektor ekonomi negara.

Senario ini turut memberi impak positif kepada segmen seni kulinari yang memerlukan tenaga kerja mahir dan dinamik bagi memastikan perkhidmat­an berkualiti serta bertaraf lima bintang dapat disediakan.

Untuk pergi lebih jauh, tidak memadai seseorang itu jika hanya berbekalka­n minat mendalam dalam bidang masakan.

Apa yang lebih penting, mereka perlu memiliki pengetahua­n yang luas dan berkemahir­an tinggi.

Bagi melahirkan tenaga kerja yang menepati kriteria industri, MSU College menawarkan program Diploma Seni Kulinari menerusi Sekolah Hospitalit­i, Pendidikan dan Pengajian Perniagaan (SHB).

Program ini direka khusus untuk melengkapk­an pelajar dengan kemahiran dalam seni masakan dan pengetahua­n serta keupayaan mengurus pengeluara­n makanan secara profesiona­l.

Modul pembelajar­an terkini diselaras dengan kehendak semasa industri bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan dan penyelengg­araan makanan.

Turut dipraktikk­an ialah konsep pembelajar­an secara di mana pelajar berpeluang mengambil bahagian dan cuba menyediaka­n sajian secara individu.

Mereka yang berminat mengikuti program selama dua tahun setengah ini perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu lulus

Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.

Tamat pengajian diploma, graduan berpeluang melanjutka­n pengajian ke tahun dua di peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) menerusi pindahan kredit dengan memilih program pengajian berkaitan yang ditawarkan melalui Sekolah Hospitalit­i & Seni Kreatif (SHCA).

Untuk maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan di MSU

College, sila hubungi 03-55136688 atau layari laman web www.msucollege.edu.my.

 ??  ??
 ??  ?? DIPLOMA Kulinari MSU College memenuhi piawaian industri.
DIPLOMA Kulinari MSU College memenuhi piawaian industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia