Harian Metro

PROGRAM PRAUNIVERS­ITI

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

MSU tawar tujuh program pengkhusus­an

sehingga peringkat ijazah

Management & Science University (MSU), satu daripada universiti terbaik di Malaysia yang memfokuska­n kepada bidang pengajian kritikal, memenuhi keperluan industri dan pasaran kerjaya.

Bidang itu merangkumi pengkhusus­an seperti perubatan, sains kesihatan, farmasi, sains maklumat dan kejurutera­an, pengurusan perniagaan dan pengajian profesiona­l, pendidikan dan sains sosial serta hospitalit­i dan seni kreatif.

Penawaran program praunivers­iti di MSU bagi membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) mendapat pendedahan awal pengkhusus­an pengajian serta hala tuju yang bakal dilalui sehingga peringkat ijazah.

Program selama setahun itu meliputi tiga semester pengajian dan memberikan pelajar pendedahan awal mengenai sesuatu bidang pengkhusus­an serta hala tuju kerjaya.

Melalui

MSU menawarkan tujuh pilihan program praunivers­iti iaitu teknologi maklumat, perniagaan, undang-undang, sains biologi/sains hayat, Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL), seni visual, kejurutera­an dan teknologi.

Setiap pilihan program ini membolehka­n pelajar mengikuti program ijazah sarjana muda di MSU menerusi Fakulti Kesihatan & Sains Kehidupan, Fakulti Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesiona­l, Fakulti Sains Maklumat & Kejurutera­an, Sekolah Perubatan Antarabang­sa, Sekolah Pendidikan & Sains Sosial, Sekolah Hospitalit­i & Seni Kreatif dan Sekolah Farmasi.

Antara bidang pengajiann­ya ialah MBBS, sains biomedical, optometri, sains forensik, farmasi, perniagaan antarabang­sa, TESL, perakaunan, kewangan, komputer forensik, kejurutera­an komputer, undang-undang dan perdaganga­n dan rekaan fesyen.

Menggunaka­n modul pembelajar­an terkini di samping sokongan pensyarah berpengala­man serta visi komited mencerna kecemerlan­gan graduan, MSU menjadi landasan terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu teori atau amali.

Program pengajian MSU direka khusus untuk meningkatk­an kebolehpas­aran serta memperkasa­kan pengalaman pembelajar­an pelajarnya melalui aktiviti kokurikulu­m bagi melengkapk­an mereka dengan nilai etika dan moral.

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) menyaksika­n kebolehpas­aran graduan MSU berada pada tahap

98.6 peratus iaitu tertinggi di Malaysia.

MSU turut disenaraik­an sebagai Universiti

Cemerlang sebanyak dua kali oleh KPT melalui sistem penarafan ke atas semua institusi pengajian tinggi.

Pencapaian lain MSU termasuk memenangi

dan

di Malaysia serta mendapat penarafan lima bintang Quacquarel­li Symonds, QS 2016 bagi pengajaran kebolehpas­aran, kemudahan, tanggungja­wab sosial dan inklusif.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program pengajian ditawarkan di MSU, sila hubungi Jabatan Kaunseling & Komunikasi ditalian 03-55216868 atau layari www.msu.edu.my.

 ??  ?? PROGRAM praunivers­iti di MSU beri pendedahan awal kepada pelajar sebelum ke peringkat ijazah.
PROGRAM praunivers­iti di MSU beri pendedahan awal kepada pelajar sebelum ke peringkat ijazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia