Harian Metro

6 BANTUAN PEMBIAYAAN

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

IUKL tawar sokongan kewangan kepada

pelajar kurang berkemampu­an

Sokongan kewangan boleh memberi motivasi kepada pelajar terutama mereka berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an untuk belajar.

Justeru, Infrastruc­ture University Kuala Lumpur (IUKL), mempunyai enam bantuan kewangan ditawarkan iaitu Biasiswa IUKL, Biasiswa Kecemerlan­gan Sukan

IUKL, Biasiswa Tabung Pendidikan Media IUKL, Pengecuali­an Yuran Pengajian, Bayaran Yuran Secara Ansuran dan Pinjaman Pelajaran.

Biasiswa IUKL disediakan bagi pelajar peringkat praunivers­iti termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), O-Level, A-Level, UEC, Asasi dan Diploma.

Dengan keputusan sekurang-kurangnya 5A dalam SPM atau O-Level, pelajar layak menerima tawaran biasiswa 50 peratus, manakala dengan 8A dan ke atas, mereka layak mendapat tawaran biasiswa penuh.

Bagi pelajar lepasan STPM atau A-Level, mereka hanya perlu mendapat Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 untuk menikmati tawaran biasiswa 50 peratus dan

3.50 untuk tawaran biasiswa penuh.

Kepada lepasan Diploma, Matrikulas­i dan Asasi, mereka perlu mendapat PNGK serendah 3.50 bagi melayakkan tawaran biasiswa separa serta 3.75 ke atas bagi tawaran biasiswa penuh manakala pelajar lepasan UEC, dengan keputusan 3A boleh layak mendapat tawaran biasiswa 50 peratus dan tawaran biasiswa penuh untuk keputusan 5A.

Biasiswa Kecemerlan­gan Sukan IUKL disediakan bagi pelajar Malaysia mewakili negeri atau negara dalam pertanding­an sukan sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum menyertai IUKL.

Biasiswa ini juga ditawarkan kepada pelajar antarabang­sa yang pernah mewakili negara masing-masing. Pelajar Malaysia layak menerima 100 peratus pengecuali­an yuran, manakala pelajar antarabang­sa layak menerima 50 peratus pengecuali­an yuran sepanjang pembelajar­an mereka di IUKL.

IUKL turut bekerjasam­a dengan beberapa media utama di Malaysia seperti Tabung Pendidikan Star dan Tabung Pendidikan Sin Chew untuk pelajar yang layak melanjutka­n pengajian tinggi mereka.

Biasiswa meliputi pelbagai disiplin peringkat diploma dan ijazah serta tidak terikat dengan bon.

Skim pengecuali­an yuran pengajian turut ditawarkan kepada semua penuntut yang layak setiap semester. Skim ini menawarkan sehingga 50 peratus penguranga­n yuran pengajian pada setiap semester bagi penuntut yang mengekalka­n PNGK 3.75 dan ke atas.

Semua program IUKL diluluskan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ini membolehka­n penuntut mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Negeri.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pilihan pengajian di IUKL, tempah sesi kaunseling percuma dengan IUKL atau hubungi talian 1-800-88-STUDY (78839) dan layari laman web www.IUKL.edu.my.

 ??  ?? PELBAGAI skim bantuan kewangan disediakan di IUKL.
PELBAGAI skim bantuan kewangan disediakan di IUKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia