Harian Metro

TERSINGKIR

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kegagalan skuad badminton negara pada saingan suku akhir Piala Sudirman di Pusat Sukan & Rekreasi Gold Coast, Australia membuktika­n mereka belum cukup bagus untuk menjadi kuasa besar dunia.

Tegas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, rombakan perlu dilakukan untuk kembali memartabat­kan badminton negara.

“Saya kecewa dengan kegagalan ke separuh akhir. Kegagalan itu sudah membuktika­n kita belum cukup bagus untuk menjadi kuasa besar dunia. Saya akan menyusun semula struktur latihan dan kejurulati­han kem badminton negara selepas ini,” katanya.

 Kelemahan beregu lelaki punca impian skuad negara ke separuh akhir lebur

Kegagalan beregu lelaki negara sekali lagi menjadi faktor kekalahan Malaysia kepada Jepun di separuh akhir selepas tewas 2-3 ketika saingan peringkat kumpulan.

Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang juga pemenang perak Olimpik tewas buat kali kedua dalam tempoh kurang seminggu kepada beregu kelima dunia Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 17-21, 21-16, 11-21.

Malaysia ketinggala­n 0-2 apabila perseorang­an wanita, Soniia Cheah tumpas kepada Nozomi Okuhara 11-21, 9-21. Datuk Lee Chong Wei cuba menghidupk­an peluang apabila menyumbang mata dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto 21-15, 21-13.

Jepun mengesahka­n kemenangan ke atas Malaysia apabila beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei kalah kepada pemenang pingat emas Olimpik Rio Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 7-21, 14-21.

“Malaysia tewas kepada Jepun satu pasukan yang baik ketika ini.

“Kita perlu kembali dan berlatih lebih kuat untuk memperbaik­i apa yang kurang. Pemain perlu berusaha memperbaik­i kedudukan ranking dunia selepas ini,” kata Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen.

Kemenangan Jepun ke atas pasukan negara menyaksika­n mereka akan bertemu China yang turun sebagai juara bertahan di separuh akhir selepas menewaskan India 3-0.

 ??  ?? V SHEM (kanan) dan Wee Kiong tewas buat kali kedua dalam tempoh kurang seminggu kepada Kamura-Sonoda, semalam.
V SHEM (kanan) dan Wee Kiong tewas buat kali kedua dalam tempoh kurang seminggu kepada Kamura-Sonoda, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia