Harian Metro

IZAD ‘GILA’ PERMAINAN VIDEO

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Pertahanan hoki negara tepis tanggapan bermain konsol mengkhayal­kan,

mampu pelajari taktikal dan boleh diterjemah­kan di dalam padang

Bila memperkata­kan mengenai permainan video, ramai menganggap­nya sebagai aktiviti tidak sihat dan mengundang ketagih.

Namun sekiranya digunakan sebaik-baiknya, ia sebenarnya dapat memberi impak positif. Itu yang menjadi pegangan pertahanan skuad hoki negara Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin.

Bagi pemain berusia 25 tahun itu yang menjadikan permainan video Play Station 4 (PS4) sebagai hobi untuk mengisi masa lapangnya, banyak yang dipelajari­nya apabila bermain konsol itu.

“Memang saya sering mendengar keluhan ramai yang menyatakan permainan video ini lebih memberi impak negatif.

“Tapi sebenarnya jika digunakan dengan baik, banyak manfaat boleh diperoleh.

“Contohnya apabila sering bermain permainan bola sepak, banyak perkara baru yang saya pelajari seperti taktikal dan sebagainya.

“Perkara ini kemudian boleh digunakan ketika saya beraksi di padang, tidak kira ketika sesi latihan atau perlawanan sebenar.

“Walaupun sukan bola dan hoki nampak jauh berbeza, sebenarnya ia tidak begitu ketara,” katanya.

Jelas Izad, minatnya tidak terhenti kepada permainan bola saja, sebaliknya dia juga mempunyai koleksi permainan lain.

“Saya lebih gemar permainan bercorak aksi. Selain bola, saya juga ada koleksi permainan perlumbaan kereta dan motosikal.

“Kalau ada permainan hoki, memang sudah lama saya beli. Harap-harap satu hari nanti ada pihak yang mengambil inisiatif untuk mencipta permainan video hoki,” katanya.

Izad turut berkongsi tips bagaimana dia dapat mengawal bermain permainan video dengan tidak mengganggu masa latihannya.

“Satu perkara yang perlu kita terapkan adalah disiplin. Saya hanya akan menyentuh permainan video ini apabila ada masa lapang saja.

“Contohnya selepas sesi latihan. Saya juga tidak terlalu lama bermain kerana akan menjadikan kita semakin ketagih dan banyak membuang masa,” kataya.

Jelas Izad, dia pernah membawa alat permainan video PS4 miliknya itu ketika skuad negara mempunyai tugasan di luar negara.

“Seperti di rumah, saya serta rakan sepasukan lain hanya akan bermain apabila mempunyai masa yang benar-benar lapang.

“Sudah tentu keutamaan akan diberikan terhadap sesi latihan dan perlawanan sebenar.

“Boleh dikatakan semua pemain negara pandai bermain dan kami akan bersaing sesama sendiri. Semua ini sekadar suka-suka saja bagi melepaskan tekanan,” katanya.

 ?? Mohammad Izad Hakimi ?? Satu perkara yang perlu kita terapkan adalah disiplin. Saya hanya akan menyentuh permainan video ini apabila ada masa lapang saja”
Mohammad Izad Hakimi Satu perkara yang perlu kita terapkan adalah disiplin. Saya hanya akan menyentuh permainan video ini apabila ada masa lapang saja”
 ?? FOTO: AMIRUDIN SAHIB ?? IZAD bermain permainan video jika ada masa lapang.
FOTO: AMIRUDIN SAHIB IZAD bermain permainan video jika ada masa lapang.
 ??  ?? AKSI tangkas Izad (kanan) di dalam padang.
AKSI tangkas Izad (kanan) di dalam padang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia