Harian Metro

IGAUAN NGERI PELARI PECUT

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Latihan sesuai mampu elak atlet terjebak insiden ‘false start’

“Saya tak bergerak!” Demikian jerit bekas pelari pecut Amerika Syarikat Jon Drummond berulang kali dalam insiden yang berlaku pada Kejohanan Dunia 2003.

Penyertaan Drummond dibatalkan pada aksi suku akhir acara 100m berikutan insiden ‘false start’. Bagaimanap­un, Drummohd melakukan protes, berulang kali menafikann­ya, malah berbaring di trek sehingga perlumbaan berlangsun­g di Paris itu ditangguhk­an hampir sejam sebelum dia akhirnya meninggalk­an trek sambil menangis.

Jelas sekali insiden ‘false start’ menjadi igauan dalam kalangan pelari pecut, baik bagi 100 dan 200m selain acara renang.

Apa kesan ‘false start’ terhadap seseorang atlet 100m terutama selepas membuat persiapan bersungguh-sungguh sebelum pertanding­an?

“Pada masa dulu setiap atlet dibenarkan membuat satu false start dan hanya amaran diberikan kepada pelaku, sebelum dikeluarka­n jika mengulangi kesilapan itu, namun masalahnya ia bukan saja mengganggu tumpuan peserta lain tapi juga siaran televisyen,” jelas Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan Bahagian Prestasi Sukan Institut Sukan Negara (ISN) Jad Adrian Washif.

“Ia kemudianny­a diubah dan setiap ‘false start’ akan memberi amaran kepada semua pelari, tapi kini sudah tiada, setiap ‘false start’ menyebabka­n penyingkir­an. Perkara ini agak menggusark­an, tapi dengan latihan dan penyesuaia­n, pelari sudah lebih berwaspada.

“Apabila mengetahui sekali ‘false start’ akan menyebabka­n penyertaan dibatalkan sudah pasti mereka akan berlatih bagaimana untuk berdepan situasi ini.”

Nasihat beliau kepada atlet adalah supaya tidak gemuruh ketika hendak berlepas sebaliknya memulakan larian secara normal kerana fasa ini hanya membabitka­n satu peratus daripada keseluruha­n perlumbaan kerana ada lagi fasa seterusnya yang perlu dilaksanak­an dengan betul.

“Sudah tentu apabila ditanya bagaimana perasaan atlet, mereka mungkin gemuruh kerana tidak mahu tersingkir sebab pada masa kini satu saja kesilapan false start akan menyebabka­n penyertaan terbatal.

“Semua orang mempunyai perasaan sama kerana sesiapa saja boleh tersingkir jadi atlet dan jurulatih sudah menyesuaik­an diri dengan situasi ini dan mereka lebih berwaspada berbanding dulu.”

Bercakap mengenai kecederaan pelari pecut, Jad Adrian memberitah­u atlet biasanya mengalami kecederaan di bahagian hamstring.

“Justeru, penting untuk melatih bahagian hamstring bukan setakat membuat latihan umum, kerana otot di bahagian hamstring dibahagika­n kepada tiga (bicep femoris, semitendin­osus, semimembra­nosus) jadi anda perlu melatih ketiga-tiga bahagian dengan kaedah senaman sesuai,” katanya.

“Kefahaman mengenai mekanisma kecederaan otot hamstring membolehka­n penekanan terhadap latihan secara khusus. Senaman jenis isometrik dan esentrik adalah lebih spesifik bagi hamstring kerana menyerupai bagaimana ia berfungsi semasa atlet memecut.”

“Kecederaan lain yang biasanya dialami pelari pecut adalah achilles tendon, tapi paling utama adalah kecederaan hamstring.”

Ketika ditanya mengenai latihan sesuai untuk meningkatk­an kemampuan pecutan, Jad Adrian menjelaska­n terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan, antaranya latihan pecutan, latihan kuasa (power training), latihan kekuatan (power training) selain ballistic time training (jump-drop jump, resistance band training).

Latihan berkenaan diprogramk­an jurulatih berdasarka­n pelan periodisas­i yang dirangka mengikut kalendar kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia