Harian Metro

IDAM PENAMAT TERBAIK

- AFP

London

Kecewa tapi masih belum enggan mengalah, Arsene Wenger berharap dapat menamatkan musim penuh deritanya selaku pengurus Arsenal dengan melakar rekod selaku pasukan yang paling banyak memenangi Piala FA ketika menentang Chelsea, awal pagi esok.

Walaupun beliau diejek penyokong sendiri selain gagal layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, Wenger tetap mampu melakar sejarah dengan muncul pengurus pertama yang memenangi tujuh Piala FA.

Ketika kontraknya bakal tamat serta belum ada khabar mengenai masa depannya, perlawanan awal pagi esok mampu menjadi penamat terbaik buatnya andai Wenger tidak lagi bersama pasukan.

“Adakah ia penamat terbaik buat karier saya di kelab? Tidak, apa yang saya fikirkan sekarang ialah mahu menang perlawanan itu,” katanya.

“Saya sukakan kemenangan dan saya mahu melakukan yang terbaik buat kelab. Saya mahu memenangi piala itu buat kelab saya. Ia bukanlah mengenai diri saya sendiri. Ia adalah mengenai kami memenangi piala dan melakukan apa saja untuk mencapainy­a.”

Ini bukanlah kali pertama Wenger mahu memburu kejuaraan di pertanding­an tertua dunia itu sebaliknya beliau pernah mencuba pada musim 2014 dan 2015.

Tetapi, beliau tidak pernah melangkah ke final dengan hakikat Piala FA menjadi penyelamat musim baginya apatah lagi ketika Arsenal terlepas peluang menduduki kelompok empat teratas.

Sambil pengendali Perancis itu masih lagi menjadi sasaran penyokong yang mahukan beliau

 Wenger harap Arsenal catat rekod

pemenang Piala FA terbanyak

London: dipecat, prestasi Arsenal sejak kebelakang­an ini juga membuatkan mereka perlu bermain dengan lebih baik jika mahu menang.

Walaupun menang tujuh daripada lapan perlawanan terakhir liga, mereka ketinggala­n satu mata di belakang Liverpool yang menduduki tangga keempat Liga Perdana.

Perjalanan Arsenal ke Wembley agak menarik apatah lagi selepas mengetepik­an Mancjester City 2-1 di separuh akhir menerusi jaringan kemenangan Alexis Sanchez.

Wenger akan menerapkan formasi tiga pemain pertahanan membayangi pergerakan Chelsea - dan taktik itu sering membantu kemenangan Arsenal sejak kebelakang­an ini tetapi benteng pasukannya tidak sekuat sebelumnya.

Laurent Koscielny digantung selepas dibuang padang pada perlawanan terakhir liga menentang Everton manakala Gabriel tidak dapat bermain akibat kecederaan lutut. Shkodran Mustafi pula dilanda demam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia