Harian Metro

AWAS AMUKAN ‘KELAB KECEWA’

- Agensi

London

Antonio Conte berkata, semua pemainnya tidak berdepan masalah untuk diturunkan pada final Piala FA menentang Arsenal dan pengendali Itali itu juga mendedahka­n betapa beliau kagum serta gembira dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya sepanjang sesi latihan minggu ini.

Conte berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pemainnya selesai menjalani sesi latihan terakhir di Stamford Bridge, semalam.

Bagaimanap­un, sebelum bercakap mengenai perlawanan itu, Conte menyampaik­an rasa simpatinya kepada mangsa insiden letupan di Manchester yang berlaku minggu ini.

“Esok kami akan mengharung­i perlawanan penting dan kami akan cuba memenangi piala yang menjadi rebutan ini. Tetapi, saya tidak mahu lupa apa yang berlaku di Manchester dan kami amat rapat dengan keluarga dan mereka yang terbunuh dalam tragedi itu,” katanya.

Ketika bercakap mengenai perlawanan menentang skuad kendalian Arsene Wenger, Conte meluahkan rasa gembiranya terhadap apa yang diperhatik­an ketika pemainnya menjalani latihan akhir.

“Secara jujur, saya melihat kesungguha­n dan tumpuan penuh pemain saya,” katanya. “Kami berlatih dengan baik.

“Dalam keadaan ini, saya masih boleh bertenang dan adalah mustahil untuk saya tidak mempercaya­i pemain saya cuma dalam 90 minit akan datang ini, kami perlu melupakan seketika bahawa kami adalah juara liga sebaliknya menumpukan perhatian kepada perlawanan. Kami tidak tahu sama ada kami akan berpeluang untuk ke final pada masa akan datang.

“Kami akan turun selaku pasukan bukan pilihan kerana kami baru saja memenangi liga dan masih lagi menyambut kejayaan itu. Memang tidak salah bagi kami untuk merayakann­ya, tetapi kami akan berdepan pasukan yang gagal layak ke Liga Juara-Juara dan ini adalah satu-satunya piala yang boleh menyelamat­kan musim mereka. masa sama, Chelsea terperosok ke tangga ke-10 liga.

Pintu keluar terbuka luas buatnya pertengaha­n musim ini terutama selepas dia diketepika­n pada perlawanan menentang Leicester City gara-gara berbalah dengan jurulatih kecergasan dan dikaitkan menyertai kelab China Tianjin Quanjian. - AFP

“Kami perlu memberikan sepenuh tumpuan, tetapi saya percayakan pemain saya. Mereka sudah membuktika­n kemampuan mereka. Perlawanan ini pasti sengit buat kedua-dua pasukan, tetapi kami sudah sedia untuk melawan dan cuba muncul juara.

“Semua pemain boleh diturunkan dan saya perlu membuat keputusan terbaik esok.”

Gunners akan turun tanpa khidmat Laurent Koscielny dan Gabriel, tetapi Conte lebih suka bercakap mengenai pasukannya.

“Pada perlawanan seperti ini, saya rasa kami perlu tumpuan perhatian kepada diri sendiri,” katanya. “Tidak penting untuk kami memikirkan pemain mana yang akan kami hadapi. Kami akan lakukan apa yang kami tahu. Jika anda mula berfikir mengenai pemain yang tidak bermain, anda pasti hilang fokus. Arsenal mempunyai ramai pemain hebat.”

 Conte mahu pemain fokus aksi final menentang Arsenal

 ??  ?? FINAL Piala FA kali ini mungkin yang terakhir buat Costa selepas dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab China.
FINAL Piala FA kali ini mungkin yang terakhir buat Costa selepas dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab China.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia