Harian Metro

Costa umpama singa Chelsea

-

London: Tidak pernah lari daripada menjadi tajuk bualan, Diego Costa mahu memastikan pasukannya menjulang kejuaraan berganda apabila Chelsea menentang Arsenal di final Piala FA di Stadium Wembley awal pagi esok.

Pemain antarabang­sa Sepanyol itu sering bertelagah di padang itu berkemungk­inan besar meninggalk­an Chelsea bagi menyertai kelab Liga Super China awal tahun depan, tetapi dia tidak melatah dan berjaya menyumbang 20 gol buat pasukannya musim ini.

Perlawanan awal pagi esok juga dianggap sebagai yang terakhir baginya bersama Chelsea dan bagi mereka yang mengenali Costa, pasti sedar bahawa pemain itu tidak akan duduk diam.

“Costa tidak ubah seperti singa,” kata bekas kapten Manchester United Gary Neville.

“Bila dia tidak menjaringk­an gol, dia pasti menyumbang gerakan. Jika ada pasukan yang mahu menggunaka­n penyerang tunggal, bukan mudah bagi pemain lain untuk menggantik­an tempatnya.”

Costa, 28, pantas mencipta nama di Liga Perdana Inggeris sejak berpindah dari Atletico Madrid pada 2014.

Ketika dibimbing Jose Mourinho, dia meledak 20 gol pada musim pertamanya sekali gus membantu Chelsea menjulang gelaran dan dia juga menjaringk­an gol kemenangan ketika final Piala Liga menentang Tottenham Hotspur.

Tetapi musim lalu, pergerakan­nya mula hambar dan dia kurang meledak jaringan buat Blues.

Dia dikenakan dua hukuman penggantun­gan tiga perlawanan - pertama kerana menghina pemain Arsenal Laurent Koscielny dan kedua kerana menggigit pemain Everton Gareth Barry.

Musim lalu juga, dia hanya menjaringk­an 12 gol dan pada

 ??  ?? CONTE HAZARD mampu jadi pemusnah impian Gunners.
CONTE HAZARD mampu jadi pemusnah impian Gunners.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia