Harian Metro

‘PILIHLAH PEMAIN BERTENAGA’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

“Belum ada pasukan dalam dunia ini sampai separuh pemainnya berumur lebih 30 tahun. Saya jamin pasukan ini tidak akan pergi jauh. Tidak mustahil jika kena belasah nanti.”

Demikian pandangan bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni ketika mengulas senarai panggilan terbaru pemain skuad Harimau Malaya yang dikeluarka­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini sebagai persediaan menjelang aksi pertama saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia bertemu Lubnan di Stadium Larkin, 13 Jun ini.

Biarpun bunyinya agak keras, pandangan legenda bola sepak negara itu ada benarnya.

Berdasarka­n barisan pemain disenaraik­an kali ini, sembilan tonggak utama sudah mencecah usia 30 tahun ke atas yang diramal bakal mengisi kesebelasa­n utama pasukan.

Pemain yang dimaksudka­n itu ialah S Kunanlan (31), Aidil

Zafuan Abd

Radzak (30), Azammuddin

Mohd Akil (32),

Amirulhadi

Zainal (31), S

Chan- turu (30), Safiq Rahim (30), Shahrom Abdul Kalam (32), Safee Sali (33) dan yang paling senior Mohd Amri Yahyah (36).

Malah, lima pemain lain seperti Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Khairul Helmy, Khairul Azhan Khalid dan Mahali Jasuli pula hampir mengetuk angka 30 dengan masing-masing berusia antara 29-28 tahun.

Jelas Bakri, situasi kem negara ketika ini cukup mencemaska­n dengan kebergantu­ngan 100 peratus kepada tonggak veteran menunjukka­n tahap pembanguna­n bola sepak di Malaysia amat menyedihka­n.

“Untuk menyenarai­kan seorang atau dua pemain senior tidak ada masalah. Tapi kalau sampai separuh rasanya bola sepak Malaysia sudah tidak betul. Mungkin mereka (pemain senior) hebat dalam liga tempatan, tapi kalau kita mahukan skuad jangka panjang maka pemain muda perlu disenaraik­an.

“Memang faktor pengalaman penting dalam membina pasukan mantap. Pengalaman adalah ilmu, tapi apabila kita bercakap mengenai bersukan sudah tentu ia berkait rapat dengan kekuatan tenaga pemain.

“Kalau kita sarat dengan pengalaman namun kurang kekuatan tenaga, sudah pasti pemain berpengala­man itu tak boleh bertahan untuk beraksi 90 minit.

“Justeru, kita perlu seimbang atau ambil hanya dua atau

 Bakri pertikai muka lama barisi skuad kebangsaan, risau jadi pasukan belasahan

tiga pemain senior bagi berkongsi pengalaman dengan pemain muda,” katanya.

Menurutnya, pengendali baru negara dari Portugal, Nelo Vingada harus berani mencuba pemain muda seperti mana yang pernah dilakukan pengendali terdahulu, Datuk K Rajagobal (2009-2013) dengan formula kejayaan itu kini ditiru Thailand.

“Dulu Rajagobal berani mencuba pemain muda yang majoriti berusia 23 tahun ke bawah. Hasilnya Malaysia muncul juara Piala AFF pada 2010. Tapi selepas itu, kita hanya bergantung harap pemain sama yang kini sudah berumur.

“Lihat Thailand, mereka sekarang dilimpahi ramai muka baru kerana persatuan bola sepak negara mereka cukup berani memberi peluang kepada pemain muda. Saya harap FAM cepat sedar dan ubah sebelum terlambat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia