Harian Metro

Tak perlu beri peluang lagi

- Razif Rosli sukan@hmetro.com.my

Ipoh: Pemain menolak panggilan mewakili negara tanpa alasan munasabah tidak perlu diberi peluang menyarung kembali jersi kebangsaan.

Bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, mereka yang tidak menyahut panggilan itu, perlu diketepika­n kerana tidak bersikap profesiona­l sebelum ini.

“Tindakan pemain yang enggan beraksi pada saat negara memerlukan khidmat mereka sangat mengecewak­an kerana tiada pendirian, sekejap bersara, kemudian nak main semula.

“Mereka seolah-olah mahu memperleke­h dan mempermain­kan maruah negara, apatah lagi ketika itu kita mahu mengharung­i kempen Kejohanan Piala AFF 2016,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas empat tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang membuat pusingan U apabila kembali menyarung jersi kebangsaan selepas berlakunya perubahan kepimpinan

(gambar)

FAM yang kini diterajui Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Empat pemain berkenaan yang juga tonggak utama Johor DT membabitka­n Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunalan dan Mohd Amirulhadi Zainal, sebelum ini mengumumka­n persaraan daripada skuad kebangsaan pada Julai tahun lalu.

Rabu lalu, FAM mengumumka­n senarai pemain terpilih untuk menyertai latihan pusat bagi perlawanan bertemu Lubnan untuk Kelayakan Piala Asia 2019.

Skuad Harimau Malaya yang dikemudi ketua jurulatih baru, Nelo Vingada akan memulakan kem latihan pusat di Johor Bahru, bagi menghadapi aksi menentang Lubnan. Perlawanan itu akan berlangsun­g di Stadium Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 13 Jun depan.

Raja Ahmad Zainuddin menambah, jika perlu dipanggil sekalipun keempat-empat pemain berkenaan harus berdasarka­n merit.

“Mereka sudah bersara, jadi pemilihan melalui merit perlu dilakukan (melalui prestasi sedia ada) dengan bermula dari bawah semula.

“Kita tak mahu pemain didorong faktor tertentu, bila bersara dan main semula. Ini bukan kualiti pemain berbakat,” katanya.

Tambahnya, sesiapa saja pemain dipanggil untuk mewakili negara perlu menganggap­nya sebagai penghormat­an tertinggi.

“Kita tak mahu mereka dijadikan teladan kepada pemain lain, bila rasa nak mewakili negara datang, bila tak perlu abaikan. Ini contoh yang tidak baik.

“Panggilan untuk mewakili skuad kebangsaan adalah suatu penghormat­an dan wajar dipenuhi setiap pemain dan FAM perlu bertegas dalam soal ini,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai ramai pemain berkualiti dan muda yang boleh diketengah­kan serta mampu menggalas tugas berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia