Harian Metro

Pasukan negeri sedia lepas pemain

-

Kuala Lumpur: Skuad Bawah 22 tahun (B-22) menerima perkhabara­n gembira apabila beberapa pasukan negeri dan kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sedia melepaskan pemain mereka bagi mengikuti latihan secara tetap sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos ini.

Ketua jurulatih FELDA United B Sathianath­an berkata, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah melepaskan tiga pemainnya iaitu Ali Imran Alimi (pertahanan), Danial Amier Norhisham (tengah) dan Ahmad Azriddin Rosli (tengah).

“Mereka bakal membawa cabaran negara di pentas Sukan SEA dengan kita

akan menjadi tuan rumah. Tentunya saya sedia beri kerjasama, malah suatu penghormat­an buat FELDA apabila ada pemain kami terpilih bersama skuad negara.

“Mungkin ketiadaan mereka akan merencatka­n sedikit perancanga­n kami, tapi saya masih ada lagi pemain lain yang bila-bila masa mampu mengisi kekosongan ditinggalk­an mereka,” katanya semalam.

Pastinya perkembang­an positif ini memberi harapan baru buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas persiapan pasukan B-22 itu sering terganggu susulan keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain mereka mengikuti latihan.

Nada sama turut dilahirkan pengurus Selangor Abdul Rauf Ahmad apabila mengakui tidak keberatan melepaskan tiga pemain skuad Red Giants.

“Kami juga akur dengan kehendak negara yang mahukan khidmat tiga pemain

Selangor ini. Pada masa sama kita menyahut saranan Presiden FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan negeri supaya melepaskan pemain jika dipanggil menyertai latihan skuad negara.

“Bagaimanap­un, kami tidak risau dengan kehilangan mereka kerana masih ada pemain yang mampu mengisi kekosongan itu,” kata Rauf.

Tiga pemain skuad Merah Kuning yang dipanggil menyertai skuad B-22 adalah dua pemain pertahanan, Syahmi Safari dan K Kannan serta pemain tengah, Adam Nor Azlin.

Skuad muda negara dijadual memulakan kem latihan pada 29 Mei ini hingga 23 Jun depan sebelum ke China untuk menghadapi tiga aksi persahabat­an menentang skuad B-22 China (10 Jun) dan bertemu dua pasukan simpanan Guangzhou R&F (13 Jun) dan Guangzhou Evergrande (15 Jun).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia