Harian Metro

RELA LEPAS DEMI TRW

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

 Zahasmi sedia beri laluan kepada Gonzales duduki ‘kerusi panas’ selaku pengendali Kelantan

Ketua jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail, 51, pasrah jika jawatan disandangn­ya kini beralih tangan asalkan dapat melangkah lebih jauh dalam baki saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia.

Bagi Zahasmi, beliau menyerahka­n segala-galanya kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi menentukan kedudukann­ya.

Jelasnya, jika badan induk itu berhasrat menggantik­annya dengan Pengarah Teknikal KAFA Alfredo Gonzales, beliau bersedia menerimany­a dengan hati terbuka demi maruah pasukan.

Zahasmi berkata, mungkin Gonzales boleh menggunaka­n pengalaman­nya bagi membantu menaikkan semula kegarangan The Red Warriors (TRW) seperti sebelum ini.

Katanya, jika apa yang dikatakann­ya betul, beliau tidak akan berundur diri, sebaliknya, bersedia membantu Gonzales membentuk kelainan ke arah corak permainan lebih jitu.

“Jangan salahkan KAFA. Saya sendiri yang meminta Tan Sri (Annuar Musa) dua bulan lalu, supaya membawa masuk seorang jurulatih dari luar (negara) bagi membantu memperkasa­kan Kelantan.

“Saya dan barisan kejurulati­han lain yakin berbekalka­n pengalaman­nya dalam bola sepak, Gonzales dapat memberi idea bernas ketika sesi latihan sepanjang enam minggu berehat sempena Ramadan,” katanya.

Jurulatih dari Uruguay itu dilihat mungkin menggantik­an Zahasmi sekali gus menduduki ‘kerusi panas’ selaku pengendali baru TRW dalam tempoh terdekat.

Walaupun dibelenggu pelbagai masalah termasuk kelewatan pembayaran gaji, pencapaian jurulatih itu agak membanggak­an selepas pasukannya berjaya mengekalka­n rekod bersih tanpa kalah di gelanggang luar sekalipun baru mencipta satu kemenangan di Kota Bharu.

Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri Facebook miliknya, kelmarin, pula membayangk­an struktur barisan kejurulati­han skuad Pantai Timur itu perlu dirombak jika mahu terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Kenyataan bekas Presiden KAFA itu mungkin berkaitan dengan kekecewaan­nya terhadap aksi hambar Kelantan selepas terikat seri 2-2 dengan Pulau Pinang pada aksi Liga Super di Kota Bharu, malam kelmarin.

“Taktikal pasukan perlu berubah mengikut kesesuaian baru. Mungkin pengalaman bola sepak (Amerika Latin) daripada Gonzales perlu dimanfaatk­an.

“Saya rasa TRW juga perlu diperbaiki lagi. Impak pemergian (Mohammed) Ghaddar belum dibaiki. Bako (Abou Bakr Al Mel) nampak sedikit tertekan (ketika bertemu Pulau Pinang),” katanya.

Sementara itu, sumber rapat KAFA memaklumka­n, penyerang import, Alessandro Celin bakal ditamatkan kontraknya selepas Annuar dan KAFA tidak berpuashat­i dengan prestasiny­a.

“Dua atau tiga pemain dari Eropah termasuk Afrika bakal diuji, seminggu dua lagi kerana kita sudah kesuntukan masa berikutan pintu perpindaha­n pemain akan berakhir, 12 Jun ini.

“Kali ini, kita memerlukan seorang import yang berkualiti dan terbaik untuk digandingk­an dengan Bako. Saya enggan mengulas lebih lanjut. Biarlah Tan Sri yang mengumumka­nnya,” katanya. kepada Arena Metro, semalam.

Selangor yang baru mendapatka­n khidmat dua pemain pada jendela perpindaha­n - Mohd Amri Yahyah dan Andik Vermansyah gagal mencapai kemenangan dalam aksi terakhir mereka apabila tumbang 0-2 kepada Pahang di Stadium Selayang, Rabu lalu.

“Kami beraksi baik sepanjang perlawanan itu tapi ketumpulan jentera depan agak mengecewak­an. Namun saya percaya kami berada di landasan tepat untuk bangkit apabila saingan liga bersambung nanti.

“Apa yang penting, tempoh rehat sebulan lebih ini akan digunakan sebaiknya bagi memperbaik­i kelemahan yang ada kerana kita bukan saja akan beraksi dalam saingan liga, malah Piala Malaysia,” katanya.

Dalam saingan Piala Malaysia, skuad Merah Kuning diletakkan dalam Kumpulan D bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Terengganu dan Sarawak untuk merebut dua kedudukan terbaik yang dianggap kumpulan maut itu.

 ??  ?? ZAHASMI sedia bantu Gonzales mantapkan corak permainan TRW.
ZAHASMI sedia bantu Gonzales mantapkan corak permainan TRW.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia