Harian Metro

Rakam lagu Aidilfitri Pertama

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Adi Priyo cari dimensi baru dalam karier seni

Sama ada kumpulan 6ixth Sense mahupun Manusia Putih, penyanyiny­a tetap individu yang sama iaitu

Adi Priyo Sambodo atau lebih dikenali sebagai Adi.

Penyanyi berasal dari Jember, Indonesia itu belum lagi mengucapka­n selamat tinggal kepada kumpulan yang popular dengan lagu Khatimah Cinta, Tanpa dan Menyesal itu, sebaliknya mahu mencari dimensi baru dalam karier seninya yang diterima baik peminat.

“6ixth Sense masih wujud dengan anggota yang sama iaitu saya, Athan (gitar), Gjie (gitar), Ayoy (bass) dan Wan (dram).

“Kami akan tampil dengan single khas Aidilfitri berjudul Salam Perantauan. Ini kali pertama 6ixth Sense menghasilk­an lagu hari raya kerana belum pernah berbuat demikian sebelum ini,” katanya.

Mereka pernah tampil dengan single Selamat Tinggal Cinta pada tahun lalu dan terbaru, lagu ini terpilih sebagai tema drama bersiri Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosdi yang mula disiarkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 22 Mei.

Pada masa sama, Adi,

34, turut tampil dengan kumpulan Manusia Putih yang menjadi projek khasnya.

“Anggota lain ialah Lan daripada kumpulan Jinbara sebagai pemain gitar, Juad Pretty Ugly (bass) dan Sam Iamneeta (dram).

“Kami sudah bergabung sejak setahun lalu dan merakamkan semula single Kisah Hati nyanyian asal Alyah. Selepas raya kami akan tampil dengan single kedua berjudul Dilema,” katanya.

Menurutnya, Manusia Putih bernaung di bawah label NAR Records dan tampil dengan konsep funk seperti nyanyian Bruno Mars dan Jamiroquai.

“Kami turut terbabit dengan persembaha­n untuk majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) dan Maestro di Opera Clubhouse Symphony, Cyberjaya.

“Selain itu, saya juga akan menghasilk­an album solo di bawah label Paranormal. Untuk projek ini, saya akan tampil dengan konsep pop serta menyanyika­n lagu ciptaan komposer lain,” katanya.

Menurut Adi, dia bukanlah tamak tetapi lebih kepada menonjolka­n bakat kerana kebolehann­ya ialah menyanyi dan mencipta lagu.

“Rakan dalam 6ixth Sense merestui apa yang dibuat. Kami sebenarnya jarang tampil buat persembaha­n, tapi masingmasi­ng sibuk dengan kerja studio.

“Takkanlah saya nak menyanyi sampai bila-bila kerana ada juga keinginan jadi bos. Sekarang 6ixth Sense baru menyiapkan lagu untuk Sakura Band berjudul Yakiniku,” katanya.

Dia juga berkongsi dengan Ayoy dan Wan menubuhkan Puteh Entertainm­ent serta mempunyai artis sendiri iaitu Zara Ali dan ramai lagi.

 ??  ?? Kami akan tampil dengan single
khas Aidilfitri berjudul Salam Perantauan. Ini kali pertama 6ixth Sense menghasilk­an lagu hari raya kerana belum pernah berbuat
demikian sebelum ini
Kami akan tampil dengan single khas Aidilfitri berjudul Salam Perantauan. Ini kali pertama 6ixth Sense menghasilk­an lagu hari raya kerana belum pernah berbuat demikian sebelum ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia