Harian Metro

PSIKOLOGI CONTE

-

itu dilihat kurang menggembir­akan.

Tugas untuk menghalang Diego Costa, Eden Hazard dan Cesc Fabregas mungkin akan diberikan kepada pertahanan tinggi lampai berusia 32 tahun,

Per Mertesacke­r untuk membuat penampilan sulungnya dalam kesebelasa­n utama malam ini.

Pemain berusia 21 tahun, Rob Holding yang dibeli pertengaha­n tahun ini juga dilihat akan berada dalam kesebelasa­n utama selepas mendapat kepercayaa­n dalam beberapa minggu ini.

Bagi Conte pula, beliau mula melancarka­n perang psikologi apabila mendakwa Arsenal pasukan hebat dan mampu muncul juara Piala FA, bukannya Chelsea walaupun masih segar dengan detik-detik indah menjulang trofi EPL.

Pengurus kelahiran Itali itu mendakwa Arsenal ibarat harimau yang terluka sesudah terlepas kedudukan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara dan mahu menamatkan musim ini dengan satu piala.

Di atas kertas Chelsea sudah layak menghadirk­an gerun dan dilihat mampu untuk mengekang Arsenal, seterusnya membuatkan komen Conte itu dilihat sangat pelik.

Conte mengakui gerun untuk berdepan Gunners yang dilihat cuba memperbaik­i prestasi mereka pada saat akhir di Wembley malam ini dan memberi amaran kepada pemainnya supaya bersedia berdepan bala tentera Wenger.

“Jika anda tanya saya siapa pasukan pilihan sekarang, saya rasa Arsenal. Mereka hanya boleh memperbaik­i saingan musim ini dengan muncul juara Piala FA.

“Jadi disebabkan perkara ini, kami harus mencari motivasi dan cuba untuk mencari jalan tampil lebih garang. Perlawanan ini memang akan berlangsun­g sengit dan sukar buat keduadua pasukan,” ujar

Conte dengan senyuman sinis.

 ??  ??
 ??  ?? GOL Willian pencetus kejayaan
Chelsea ke final.
GOL Willian pencetus kejayaan Chelsea ke final.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia